Friday, April 22, 2011

selamat malam

bismillah





ketika Tuhan temukan kita
dan disaat Tuhan pisahkan kita
ingatlah yang ini kehendakNya

ketika kita berasa gembira
dan disaat kita hiba
ketahuilah Tuhan yang punya acara

ketika rasa rasa indah bercambah
dan diwaktu rasa rasa gundah
sesungguhnya tiadalah selain Tuhan yang menggubah

ketika saat jatuh pandangan aku kepada mu, engkau kepadaku
dan di saat berpaling engkau dari aku, aku dari mu
yakinlah itu rencana terbaik dari TuhanMu

terima kasih untuk cerita-cerita
terima kasih untuk segala rasa
terima kasih untuk segalas bicara
terima kasih kerna berkata-kata
terima kasih kerna mendengar setia
terima kasih atas warna-warna
terima kasih kerna selalu ada
terima kasih untuk ketawa
terima kasih untuk sebentuk jiwa
terima kasih untuk cinta

maafkan atas segala dosa
maafkan jika tidak berkata
maafkan andai tidak berjumpa
maafkan segala usaha yang terdaya

moga Tuhan temukan kita didalam redha.moga Tuhan selesaikan masalah-masalah kita. moga Tuhan temukan dengan cita. moga Tuhan angkat darjat dan martabat kita dekat denganNYa. moga kita bertemu di syurga!

Dan ini juga airmata buatku, buatmu
Moga airmata menjadi ketawa
Moga engkau bertemu dengan pemegang kunci syurga yang baik
Moga kelak dia bisa membisikkan rahsia-rahsia besar dihari besar.


salam penuh rasa-rasa
Lutfi

sedikit doa
" Tuhan, ketika aku sedih, hiburkan lah aku, ketika aku leka, ingatkan aku, Tuhan, ketika aku dilanda kesempitan, bukakan lah jalan, Oh Tuhan, bagaimana caranya agar aku dapat memahami rasa, kerna Engkau pemegang jiwa, lemah aku tanpaMu, hancur aku tiadaMu, Tuhan, andai ini jalan ku, Engkau mudahkanlah, kalau ini bukan jalannya, Engkau jauhkanlah"

Saturday, January 22, 2011

dimana kau berakhir

bismillah

soalan : dimana aku berakhir?

jawapan : pernah kau bermula?


soalan : apa yang aku risaukan?

jawapan : apa yang buat kau rasa tenang?


soalan : apa yang aku cari?

jawapan : apa yang kau sudah jumpa?


soalan : bila nasib aku nak baik?

jawapan : bila pula kau bernasib malang?

Wednesday, December 29, 2010

dear God

bismillah




:)

Sunday, December 12, 2010

Cahaya

bismillah


engkau percaya bahawa mata melihat
dengannya engkau takjub dengan manusia
dengannya engkau merasa hebat dengan dunia
tapi engkau lupa mata tidak mentafsir

betapa Besarnya ciptaan mata
betapa Cantiknya ciptaan Dia
Maha Besar lagi lah pencipta Mata
Maha Cantik lagi lah Tuhan yang mencipta

bertuahnya aku memiliki mata
bertuahnya aku dapat melihat
bertuahlah sungguh kalau aku kenal dengan Tuhan, Pencipta mata
lagilah bertuahnya kalau aku melihatMu wahai Tuhan

kalau aku melihat,
aku harap aku tidak cepat mentafsir,

kalau aku dapat mentafsir,
aku harap aku cepat cepat mengenal.

kalau Engkau wahai Tuhan tarik ciptaan mata
aku harap Engkau benarkan aku untuk masih mentafsir

wahai Tuhan, aku harap Engkau melihat aku dengan pandagan Kasih Sayang dan CintaMu

Tuhan,
aku ingin berkenal kenalan denganMu




"Cahaya!

Wahai Tuhan,tolong sampaikanlah
doa dan rindu ini
kepada Nur Muhammad
cahaya sebagai sumber segala cahaya

Wahai Tuhan, tolong ikatkan lah
hati kami ini
kepada Nur Muhammad
cahaya pemupuk hati dengan Allah"

Sunday, November 21, 2010

bila kita pandai menerima

bismillah


terimalah apa sahaja dari Tuhanmu

nescaya engkau akan rasa senang hati


redhalah dengan ketentuan Tuhanmu

nescaya engkau akan rasa berlapang dada


syukurlah dengan ujian dari Tuhanmu

kerna ujian itu tanda kasih dan sayang Tuhan


istighfarlah dengan nikmat Tuhanmu

kerna itu ujian atas kesenangan


merintihlah menangislah merayulah dihadapan Tuhanmu

kerna itulah kekuatan bagi mereka yang pernah merasainya


mintalah berdoalah berharaplah atas nama Tuhanmu

kerna itu adalah sumber kekuatan bagi mereka yang mengetahuinya




---


Andainya manusia berkasih kasih, rindu merindu, bercakap cakap dengan Tuhan mereka, nescaya manusia itu hilang dalam rindu, mabuk dengan cinta dan hanya Tuhanlah tempat mereka berharap harap dan meminta minta dan manusia tidak lagi peduli dengan kata kata dan kuasa manusia. dan Tuhanlah yang selalu didalam hati mereka.



sedikit doa

" Tuhan, bila aku diuji, aku harap harap aku redha, bila aku diberi rezeki, aku harap harap agar aku bersyukur, bila aku lemah, aku minta agar Engkau jadi kekuatan aku, bila aku kuat, aku harap agar Engkau ingatkan aku"


Tuesday, November 2, 2010

Ashkuruka ya rabbi

bismillah




i.
kalau syukur, mahu sedikit-sedikit gembiranya,
mana tahu kalau kalau kegembiraan itu hanya seketika.

kalau sedih, mahu sedikit-sedikit sedihnya,
manalah tahu kalau kalau selepas itu ada cahaya.

ii.
mencari Tuhan yang hilang,
bukanlah dengan berjalan jalan dipasar
kerna para pencinta Tuhan itu ada di sajada
kerna mereka hilang dengan Tuhan

kerehatan aku, kerna Engkau bersama

mabuk aku denganMu, kerna Engkaulah segala

mati aku kerana Redha dan Cinta.

hilang aku, lemas aku dengan labuhnya selimut cinta

kerna bukan aku tanpaMu

iii.
kalau kufur itu, mahu lekas lekas sedarnya,
manalah tahu, hilang roh dibejana tubuh tatkala masa

kalau kedosaan itu, mahu lekas lekas nasuhanya,
manalah tahu matimu kawan dengan ditemani syaitan

iv.
buat sahabat dan teman

selimutilah dirimu dan jiwamu dengan sutera cinta

kerna Tuhan itu mencintai dan sedia untuk dicintai

bangunlah dan berdirilah wahai jiwa jiwa besar

kerna Tuhan itu ada, mana mungkin sifatnya tidak ada


sekian.
lamthofaya.
ukp.

Sunday, September 26, 2010

jadi macam macam

bismillah

1. macam macam jadi. lepas raya teruk demam. belum masuk ofis kerna ofisnya belum siap. biasalah. nak berdagang kena ada kantornya. nanti orang ingat kita tak serius dengan perjuangan.
2. macam macam jadi. sepatutnya perusahaannya baik baik. tapi biasalah, berdagang. tak selalu ikut apa kita nak.
3. macam macam jadi. berjumpa dengan rakan rakan niaga, ada yang semangat melihat semangat kita, ada yang tidak pandang bila belum berjaya. ada yang kuatkan kita, ada yang jatuhkan kita. biasalah, orang kita, selagi kita belum berjaya, selagi itu pandangan kita tidak diterima.
4. macam macam jadi. nak berjuang, tapi belum tahu pemimpinnya siapa. nak memimpin, tapi ahliahnya belum siap siaga. biasalah, naluri lelaki, kalau tiada naluri pemimpin, bukanlah lelaki.
4. macam macam jadi. aku mahu berjaya, aku mahu berniaga, aku mahu memimpin, tapi belum jumpa kekuatan, sedangkan kekuatan itu tawakkal dan solat malam dan merintih rintih di sepertiga malam. biasalah, manusia kalau sudah melihat yang zahir.

ahh. macam macam

sedikit doa
"ingatkan aku tentang kematian, kerana kematian itu datang tiba-tiba"