Saturday, September 13, 2008

ramadhan,16 september, raya.

bismillah

i. ramadhan
bulan ini Tuhan ampunkan dosa
tapi aku buat-buat macam tak berdosa
bulan ini Tuhan turunkan Alquran
tapi aku buat-buat macam Alquran tak diturunkan
bulan ini Tuhan kurungkan syaitan
tapi aku buat-buat macam syaitan tak dikurung
bulan ini Tuhan hantar tentera jihad Badar
tapi aku buat-buat macam tak kenal erti jihad
bulan ini Tuhan hadiahkan lailatul qadar
tapi aku buat-buat macam tak mahu terima hadiah (sombong plak kan?)

ramadhan ertinya panas terik.

ii.16 september
kerajaan kelam kabut
rakyat susah hati
partai-partai pakatan rakyat usaha keras
"menimbangkan antara 2 darurat yang lebih ringan"
mujahideen tanpa suara kerja overtime

16 september hari selasa 16 Ramadhaan 1429
"Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. "

iii.raya
2 tahun lepas raya sengal (2006)
tahun ni agak ok sket
mahu beli baju warna apa ya
mahu pergi jalan TAR

raya? hmmm

sedikit doa
"Tuhan...ampunkan"

Monday, September 1, 2008

re-structure


bismillah

tgh bikin revamp.
tgh migrate dns
tgh migrate engine
tgh backup files

"apa lu ingat gua takde keje"

hehehe.

sedang tengok catalogue busana muslim dari situs-situs indo. baju raya la katekan..



mane cantik? gua rase hijo cantek. pasal warne coklat gua dah ade.


sedikit doa
"Ya Allah, mudahkan urusanku"