Friday, December 25, 2009

Apa yang Iran ajar pada kita?

bismillah

bismillah majleha wa mursaha

posting ini bukan pro-syiah, bukan pro tajdid segar, bukan pro ulamak-ulamak tua, bukan pro islam liberal, bukan pro islam hadhari, bukan juga pro hadharah islamiyah, bukan pro-sufism, bukan pro-tabligh, bukan pro-ikhwanul muslimin, tapi sekadar my 2 cents about Iran itself.

Iran sebuah negara yang budayanya sudah lama. tanah dimana banyak sejarah ditulis. tanah yang bertuah kerana banyak pemimpin, ilmuan, pemikir, budayawan bergelanggang. tapi. apa yang paling penting?

ni tak silap aku la. sebab aku ni buta syiah, dan aku melihat syiah dari kacamata ahlus sunnah. orang2 pro syiah yang aku selalu debat2 ni, selalu cakap bahwa bicara tauhid atau iman atau faith atau sistem kepercayaan dalam syiah, adalah tidak sah, selagi tidak tahu dan kenal Tuhan /Allah.

aku tanye. sebab ape? bukan ke kita kena percaya je? Allah itu sifatnya demikian-demikian, yang mustahilNya demikian-demikian.?

" haaa, tu laa sebab ummat kita lembab sekarang ni, takda inisiatif untuk bersoal-soal dan berdebat, kekuatan untuk mengetahui dan lebih tahu tidak ada"

so.. dalam proses pengesahan / verifying iman dalam gelanggang syiah adalah, perlu mencari / kenal/ tanya/berdebat/ambil tahu/ siapa Allah, siapa Tuhan.

ok..ok.. gua faham dah. tapi ape pengajaran?

"lu tau tak, ilmuwan-ilmuwan islam/muslim/mukmin yang cipta itu-ini adalah aliran apa?"

aliran??

"syiah, kalau lu kaji balik ilmuwan-ilmuwan tu, siapa guru, guru kepada guru, dan apa aliran mereka, dan kenapa ilmu dizaman mereka berkembang? sebab ada semangat ingin tahu yang kuat dan mereka tidak taqlid buta"

oohh. bagus. baru aku faham kenapa iran sebuah negara yang lantang/advace/maju/indipenden/mandiri sekarang. kot? ke aku tak faham?

aku bukan nak cakap syiah tu ape ke ini ke. bukan soal menghukum. tapi sekarang apa yang iran ajar pada kita? iran ke syiah? hahahahha.


-perbualan ni berlaku sekitar 6-7-8 bulan lepas dan content telah di edit. harap maklum. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada orang-orang yang bertauliah dan terkenal dengan ilmunya. sila jangan guna posting ini untuk menyokong penghujahan anda.

sedikit doa
" Tuhan, kuatkan hati dan jiwa ku"

Saturday, December 12, 2009

InshaAllah

bismillah




:)

sedikit doa
"Tuhan, Dengan izin Mu"

Thursday, December 10, 2009

Akan Dewasalah Kita Nanti

bismillah

akan
dewasalah
kita
nanti


Ya nuryahubbi..
Asyykur illaiki alaami waa aghami
Kulli layaali wil ayaam
Kasih yang penuh bercahaya

Akan dewasalah kita nanti
Dibawah warna-warna kehidupan

sedikit doa "Tuhan, Engkau tempat bermanja-manja"

Wednesday, December 9, 2009

Selamat Tinggal

bismillah

Selamat Pergi
pergilah dengan aman
pergilah dengan keselamatan
pergilah dengan rasa nyaman

Selamat Pergi
hilangkan beban dihati
hilangkan rasa sedih
hilangkan rasa gundah

Selamat Pergi
gantikan dengan senyuman
gantikan dengan ketawa
gantikan dengan harapan

Selamat Tinggal
Selamat Jalan
Selamat Berangkat
Selamat Pergi

Pergilah dengan senyuman


sedikit doa
"Tuhan, Engkau sebaik tempat berharap"

Friday, December 4, 2009

cuba lagi

bismillah

pernah gagal mencuba?
cuba lagi

pernah kecewa bercinta?
tenang-tenang, esok siapa tahu

pernah jatuh terduduk?
bangun, siap sedia

pernah terkilan menunggu?
senyum, teruskan hidup

pernah hilang sumber inspirasi?
bangun malam, kembali kepada Tuhan

pernah putus asa?
pejam mata, bermula semula

pernah rasa hilang segalanya?
buka mata, lihat yang tiada apa

pernah menangis?
tenang sahaja, itu untuk seketika

pernah rasa dikecilkan?
sabar, itu hanya perasaan

pernah diketawakan?
oh, sekejap sahaja, nanti sudahlah tu

pernah rasa susah?
berakit kehulu, berenang ketepian :)

pernah rasa sedih ditolak?
yang menolak pun rasa sedih sebenarnya

sekian.

sedikit doa
" Tuhan, Engkau tempat kami bergantung harapan, alangkah bertuah kami mempunya Tuhan sepertiMu"

Saturday, November 7, 2009

macam budak sekolah

bismillah

semalam kawan gua datang rumah, nak tengok bola, dia dah cakap kat bini dia.dia outstation. dia datang ngn kawan gua lagi sorang, So ygn dah kawin ni A, yang sorang lagi ni B.

derang nak g kelantan, outstation, tapi sbb rumah gua rumah bujang derang lepak dulu..tengok bola, lepas tu g karaoke.

PAMMMMM, si A ni bgtau bini dia, dia dah de kt kelantan,

PAMMMMM bini dia tau si A n B tak g kelantan n melepak umah gua.

PAMMMMM ,,. gua kena maki

KAN?

dalam hati gua, Tuhan saje tau

ini gua punye dialog untuk lu bini A.

" woi.. gua ngn laki lu. gua kenal 20++ tahun, lu baru kenal dia 2 tahun, lepas tu kawen..lepas tu nak kontrol2? woi.. laki lu tu bayar duit laa nak kawin ngn lu.. bukan lu bayar.. MACAM BUDAK SEKOLAH!"

" Kontrol2 apaa? hang insecure ka? laki hang cari lain? hekkk elehhhh.. kita orang kluar ngn budak laki tengok bola g karaoke laa bodoh~~~~"

" BODOH"

wakakakka. lu nak maki2 gua. lu ingat gua budak sekolah rendah? tak reti nak lawan. gua fighter laa. penah lalu macam2. gua penah kena buang kolej laaa bergaduhh~~ hek elehhh..

dan disini gua nak tetapkan resolusi
1) gua kawin, kawan gua, kawan gua, kawan bini gua, kawan bini gua, gua tak mau blend in. sexist? pegi mampos!
2) nak kontrol? lu masuk minang laa,bayar hantaran!

sedikit doa
" Tuhan, hantarkan pasangan yang sangat-sangat besar jiwa, sangat-sangat memahami"

Thursday, November 5, 2009

SATU

Bismillah

Dewa-Satu

Aku ini adalah dirimu
Cinta ini adalah cintamu
Aku ini adalah dirimu
Jiwa ini adalah jiwamu

Rindu ini adalah rindumu
Darah ini adalah darahmu

Tak ada yang lain selain dirimu
Yang selalu ku puja
Ku sebut namamu
Disetiap hembusan nafasku
Kusebut namamu
Kusebut namamu...

Dengan tanganmu aku menyentuh
Dengan kakimu aku berjalan
Dengan matamu aku memandang
Dengan telingamu aku mendengar
Dengan lidahmu aku bicara
Dengan hatimu aku merasa

Sunday, October 25, 2009

Muntah

bismillah

Dalam ego, akhirnya aku addicted kat lagu ni. Nur kasih, ost nur kasih by akhi yasin sulaiman.

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

p/s jgn tertipu dengan lirik ini! :)

untuk sinopsis sila google "sinopsis nur kasih". cerita lame, cliche, biasa. perempuan-perempuan bertudung litup dengan lelaki dreamy-dreamy, berakhlak indah, menawan hati ibu-ibu, blah blah. cinta-cinta kompleks ( cinta trapezium ) .

sedikit doa
"Ya RahmannuRahim, Penguasa jiwa dan hati, Engkau hiburkanlah aku dengan cerita-cerita CintaMU"

Friday, October 23, 2009

bosan aku bila

bismillah


bila aku bosan
aku lukis
aku bernafas
aku mengeluh
aku berimaginasi
aku berangan-angan
aku berfikir fikir

bila aku sudah mula berfikir
aku takboleh berhenti

sekian.

sedikit doa
"Maha suci Tuhan, Engkau Maha Mengetahu setiap Sesuatu"




Thursday, October 15, 2009

Cupcake sudah outdated! donut datang lagi!

bismillah

Penggilai-penggilai cupcake sekalian, minta maaf, cupcake sangat2 LAME & BORING, kita balik kepada donut. ( dah lame pendam perasaan nak tulis pasal ni) plus. tolonglaa kurangkan gula. boleh tak? air dah la manis, air nak fancy, lepas tu cupcake, entah berapa kilo gule korang letak dalam tu, siap topping lagi ape benda tah, GILE KE? lepas tu kecoh badan obes, teringin nak slim, lepas tu buang duit beli slimming product, lepas tu beli cupcake lagi. GILE KE?

indie band sudah outdated, kite kembali kepada rock n roll / melo (maklumla, kite kan melayu yang sgt berjiwa mendayu dan macam layang-layang hatinya)

SLR/DSLR sangat cliche, kite kembali kepada camera slim, saiber shot / ape2 cap lagi tah.

Social Network Web sangat LAME, kembali kepada bertemu ramah di kedai2 mamak

Cakap-cakap satu bangsa-satu negara tiada beza warna kulit sangat-sangat fake, mari kembali menjadi rasis bangsa totok ayoh!

Kopitiam-kopitiam mewah-elegan sangat-sangat bosan, kembali kepada warung / kedai mamak yang kite boleh jerit ( chaaaaaa,,, kiraaaaaaaa!!! / chaaaaa,,, kasik lappp mejaa!!) dan meludah disana sini, dan bebas menggunakan straw sebagai ganti toothpick

kereta berhias/kereta upgrade/engine upgrade/kereta dengan aksesori + skirt + rim mahal sangat-sangat cliche, kembali menjadi pengguna melayu yang hanya mampu bayar ansuran kereta, (kalau lu orang beli cash kereta takpe la woi, lepas tu nak trade-in, menyusahkan! menggelabah, laju-laju sangat kereta tu nak pegi mana? berak?mandi wajib?)

dan aku rasa blog pun sangat LAME.

TAMAT.

sedikit doa
"Tuhan, jadikan aku hamba berjiwa besar"

Wednesday, September 30, 2009

eh.kena bagi ucapan hari raya.

bismillah.

walaupun dah lewat mood raya., masih mau ucap

Maaf Aidil Fitri, Salam Zahir Batin! dari saya & keluarga.



















sedikit doa
"minal aidil wal faizin"

Monday, September 28, 2009

ikan di laut, gedung di darat

bismillah





















Bila aku tak perlu jawab call & sms
27 september 200 9 - 5 ptg

watak dimainkan oleh :

pejo : husband yang kecewa dgn perkahwinan
nizam : lelaki yang baru graduate, dan tertekan dgn stress kerja dan bakal berkahwin
asrul : lelaki flamboyant yang entah hape2, armani exchange dari atas sampai bawah
aizat : budak darjah 6

gua pergi melayan kawan gua, pejo & nizam & asrul. nizam ajak g memancing, memancing? apekejadah, takpenah mancing. tp sebab nak melayan pejo yang sedang sugul dgn perkahwinannya, gua pn ikut, si asrul pn ade.

and ni first time gua hayun pancing tu, tricky and teknikel gak. tahhape. paling kurang hajar, nizam n pejo bunuh udang2 untuk jadik umpan. kepala hotak ko. pakai roti tak bleh ke?

di sebabkan kami2 ni graduate universiti tempatan yang diajar dengan silibus-silibus dari barat dan kokurikulum berbasikal, maka kami tak reti memancing, hapahh satu pon takde, tapi ade satu budak ni. aizat, baru darjah 6, cool gile, datang dgn abahnye, memancing, siap ajar kitorang cara baling/hayun/lontar joran tu, ade banyak lagi istilah2 kaki pancing dia gune, hotak lu aizattttt.. siap pernah pegi laut dalam plak tu. awwwwwwwww.

dan kami graduate universiti yang hanya pandai meniru waktu kuiz, tutorial, tolong signkan borang kehadiran kawan-kawan ponteng, fotostet buku sbsb malas beli, usha awek2 time kat uni dulu, dan tidak suke lecturer( terutama C++ dan math, dan math I dan math II dan math III dan micro economy)

p/s : woi aizat. dulu gua pengakapp tau takkk. buat habis baik!


esok2 gua upload pics mancing2.

sedikit doa
" Tuhan, ajarkan aku rasa bersyukur dengan warna pelangi, air dari gunung, ikan yang berenang, nafas yang aku hembus "

Tuesday, August 25, 2009

KPSDBWB

bismillah

Karipap Pusing Sangat Sedap Bila Waktu Berbuka

jam 1.00 tghari - masuk ofis
jam 3.00 ptg - ym sama budak TPM, ex ofismet
jam 3.01 ptg - bercerite pasal bazar ramadhan kat TTDI, siotttttttttttttttt
jam 3.15 ptg - Aku tetapkan Misi dan Visi untuk hari ini.

Aku Mau Cari Karipap Pusing,

kombo berbuka hari ini dijangka : karipap pusing, air sirap, rokok-rokok, mungkin ayam percik, mungkin sup tulang.


Thursday, August 20, 2009

ahlan al mubarraq

bismillah

selamat datang bulan mulia, selamat pergi bulan peperangan,
selamat datang malam-malam penuh cinta, selamat pergi malam-malam penuh dosa,
selamat datang tangisan dan doa, selamat pergi tawa juga gembira,
selamat datang hati yang khusyuk, selamat pergi hati yang busuk,
selamat datang jiwa yang tenang, selamat pergi jiwa kucar kacir,
selamat datang ukkhuwwah, selamat pergi krahiya,
selamat datang jubah dan selimut taqwa, selamat pergi pakaian-pakaian zina,
selamat datang tafakur di pembaringan, selamat pergi bait-bait noda,
selamat datang hujan mahmudah, selamat pergi keringat mazmumah,
selamat datang Rahsia Allah, selamat pergi kesesatan yang nyata,
selamat datang malam seribu bulan, selamat pergi malam-malam tanpa iman,
selamat datang halwa dari syurga, selamat pergi melodi neraka,
selamat datang hidayah, selamat pergi batil,
selamat datang seluruh kebaikan, selamat pergi kesemua kejahatan.

Selamat berpisah dengan syaitan,
Selamat berdampingan dengan Tuhan,

sedikit doa
" Tuhan, andai ini Ramadhan terakhir bagi, ku harap ia kan membela ku, di akhirat nanti"

Thursday, August 13, 2009

Asri Ibrahim, dari Nadamurni ke Rabbani kembali ke Rabbuna

bismillah

Asri Ibrahim , Asri Rabbani, Ustaz Asri, rohnya diangkat mengadap Tuhan pagi tadi. beberapa ketika sebelum el-mubarak.

Moga Allah, tempatkan beliau dengan para-para syuhada' dan anbiya' di syurga kelak. jasa arwah sangat besar.munsyid legend tanahair ( boleh laa cakap sampai indonesia, filipina, thailand ) lagu-lagunya, lirik-liriknya sangat besar makna kepada jiwa.

1969-2009. berpuluh tahun bergelanggang / berdakwah dengan Nama Tuhan dan Agama.

masih ingat melawat beliau di studio, sekitar 90'an.

gugur engkau dengan senyuman, sempat meminta Al-Quran.

Al-fatihah.

pergi engkau penuh gelita. Abg Asri, :)

sedikit doa
" Tuhan, sambutlah jiwa hambaMu dengan Rahmat dan Rahim Mu, Engkaulah Tuhan tempat kami kembali, dan Mati itu benar"

Friday, July 31, 2009

kerana aku seorang muzishien

bismillah

















baru lepas install Vitometronome dalam phone gua. esok mau jamming. new lineup. bassist sudah tukar. sebab itu bassist sudah ade band sendiri. dan beberapa lagu2 gua,sudah kena cilok.awwwwww.

ini metronome, fungsinye.utk guide drummer, tempo keeper. kalau perasan, gig, event, show, ape2 pon, drummer ada pakai satu earpiece, itu la, dalam itu earpiece, dia dengar metronome, ok.

chow. selamat bermusik dan berkarya.

salam hari jumaat.

sedikit doa
" Tuhan, jagalah hatiku selalu"

Wednesday, July 15, 2009

Fans Beautiful Life ; Gua mintak maaf!

Bismillah

Shuji yang seorang hairstyler. sangat2 cold, sangat2 tidak berperasaan(tidak menunjukkan emosi), telah jatuh chenta sama kyoko, sorang pustakawan / lebrian, sangat2 cute, sangat2 adorable. mereka perasan bercinta pabilaa mereka perasan bahwa mereka start untuk cemburu-cemburu. tapi kyoko ini manusia yang ada sakit. lantasssss.. di akhir episode, mati. lalu shuji teruskan hidup dengan impian kyoko, iaitu hidup di beach house. dengan tanglung( aku tak tau pejadah namaa tah) kat pintu rumah, dengan anjingnya, dengan set kerusi untuk salon itu.
Tamat.

mudah.simple.touching.tapi banyak gile episode derang bikin.drama/jdorama yang penetrated malaysian drama industry. blahblahblahblah

gua punye cakap-cakap
1)Pertama-tama, hidup ni takde laa dramatik sangat macammana Shuji & Kyoko tu bercinta. mebbe.. dalam seratus orang bercinta ( berkasih-kasih ),ade la 2-3 orang cam depa ni. yang lain semuanya plain-typical malay punye bercinta., awakk... saye..sayangg.. kitee..orang...sayang..b..baby..hubby..abi..ummi.. apa ssemuaa tu laa.
2)derang berdua ni byk masalah komunikasi, nampak mcm bercakap , tapi tak bercakap. nampak macam sehala, tapi lain arah,
3)tapi overall, sweet laa. sorang tu cool n cold. sorang tu sweet n tergedik2.

tu je kot. gua tension.stress.gua rasa umur gua 35 gua botak kot.

sedikit doa
"Tuhan, Engkau Maha Tahu, permudahkan urusan"


Sunday, June 28, 2009

tulis tulis, jari kematu

bismillah.

baru lepas siap satu lagu. Perempuan Terhebat. Tribute untuk ibu-ibu, bunda-bunda, mak-mak, mama-mama, umi-umi, etc.

"pujukmu hilang tangisan
senyummu bawa harapan
bisikmu sembuh kesakitan
belaimu sangat menenangkan"

sekian
harap maklum.

sedikit doa
" Tuhan, anugerah rahmat dan kasihmu kepada ibu"

Sunday, June 21, 2009

hadir engkau penuh warna, pergi engkau penuh hiba

Bismillah,



gua dari kecik ade geng2 nakal2... sejak sekolah rendah.lepas tu gua berpisah jap.masuk skolah sains. lepas tu gua pegi sabah, lepas tu gua touch down kl balik.tapi geng2 ni best. kawan-kawan yang kalau aku mengidap penyakit nyanyuk pon.. mesti ingat jugak name derang..

1) Farik ( mamat mini cooper classic, mini 1000, cam installed)
2) Izzad ( business man yang sangat2 berjiwa besar,jatuh dan bangun)
3) Ridzuan ( happy go lucky, IT man, part time rally driver)
4) Suhafizuddin ( Nuklear man, bangi, berjiwa sangat tenang )
5) Rohaizad ( manusia paling hati kering )
6) Izham ( cepatlaa balik weih. UK tu ape ade)
7) Zafran ( stimmm je ko eh)
8) Nizam ( menggelabah 24 jam )

19 June 2009. aku kena tambah lagi list kubur yang patut dilawat setiap eidul fitri.
Rohaizad (Allahyarham) pergi untuk selama-lamanya. Eksiden, silap budget overtake lori.

20 june 2009. selamat dikebumikan, dapat berkotor-kotoran dengan tanah kubur arwah. jasa terakhir aku untuk ko Jad..

Allahyarham Ijad (rohaizad) baru 2 minggu bertunang. eksiden sebab nak pickup tunang. apsal perempuan suke buat camni? kenape lelaki selalu bersusah-susah.? :) sebab.. pantun ni cakap camni.

berakit-rakit kehulu. berenang-renang ketepian.
bersaki-sakit dahulu.bersenang-senang kemudian.


tapi aku tak nangis.. kenapee....... Tuhan.. hati aku dah mati ke? keras ke?

weih Ijad. aku rindu ko laaaaa!!! aku nak kejut ko time ko tgh baring.. aku ingat ko tidor........

sedikit doa
" Tuhan... ampunkan dosa arwah, berikan dia keampunan dan kasih sayangMu"

Thursday, June 4, 2009

ini last gua gedik!

bismillah
























waakakakkaka.macam siotttttttt.muntahhhhhhhhhhh~~~

sedikit doa
"Tuhan, tiada aku tanpaMu"


Tuesday, May 26, 2009

koleksi pantun urban

bismillah




















Adik-adik,, bertemu bersama abang lutfi, dalam rancangan....... Pantun Urban (sebut ramai, dengan gaya kelab pop reza)

hari ni abang lutfi nak ajar pantun..tentu adik2 pernah tahu pasal pantun kan? contohnye.. dua tiga kucing berlari, mana nak sama sikucing belang..kan? haa.itu semua pantun.. tapi abang lutfi nak ajar pantun urban..

dalam episode kali ni, pantun ni sesuai utk kawan2 adik2 yang agak2 kurang hajar. adik bagi seround pantun ni, confirmmmm deekkk... sampai mati dia ingat.

tahun depan mesti dia tak datang raya rumah lu dek..

wakakakak..

Chow.. ( ehhhh dek..lu nak lari mane.dok sini laa.tapak muka lu kangg dek)

sedikit doa
" Tuhan, Ajarkan aku menjaga hati"



Wednesday, May 20, 2009

Facebook buat orang mabuk, asyik dengan butang2 aplikasinya.

bismillah



ya benar. nnti update pasal gua plak.ini lagu gua tujukan kepada mangsa-mangsa kapitalist.sekian, wabillahil hidayah wat taufeeq. wassalamualaikum warohmatullah. ilal liqo'



sedikit doa
"Tuhanku yang Maha Baik, Mana mungkin Engkau berbuat sesuatu tanpa hikmah"

Wednesday, April 29, 2009

kalau mata kanan asik berkedip2.ada orang rindu?

bismillah.

kalau mata kanan asik berkedip2.ada orang rindu? mak aku kot.sebab harini dgn smlm mak gua banyak kali miscall. then gua missed the calls. lalu gua anggap mak gua miss gua. sorryla mak. gua anak nombor 2. anak nombor 2.kepala ada batu dalam duduk.kepala keras. gua nak buat, gua buat. gua nak cakap. gua cakap.tapi ape2hal pon. mak..gua sayang lu.eh.abah ppon gua sayang.

lutfi dulu lain mak..lutfi sekarang dah belajar byk benda. takpayah jaga hati orang sangat. nak cakap..cakap...benda betul. lutfi sekarang dah pandai emosi.dulu batu.lutfi sekarang dah pandai moody. lutfi sekarang sudah mingle sama byk spectrum orang.lutfi dulu tak reti nak bercakap dgn adik beradik.lutfi sekarang dah pandai tulis sajak.wahahha.apo2lah.

Minggu ni.gua TENSION. sebab gua byk kerja. teringat cerita time nabi isra-mikraj. pasal orang yang asik tambah beban je. demm.

lagi best kot jadi macam hilmi. jadi ostat. macam cool je. dapat pahala woo ajar budak2 kenal Tuhan dan Syariat. takpon macam zainor.,.sambung phd math. byk pahala jugak. sbb jihad tuu.. takpon macam eduwin and besout jadi lecturer gak.. ilmu tu..ilmu tu.. takpon macam fazlina..sambung masters.. takpon macam fikri..web developer yang tak perlu fikir pasl proposal.. takpon mcm che-ni.. buat jee designnn.. takpon macam mak abah.. takpon macam abang aku..takpon macam...errr.. anak perdana menteri,, 

tapi..nabi cakap.kena syukur.kalau syukur sekali.Allah tambah lagi nikmat. tapi.. takkan sebab nak nikmat baru nak bersyukur. syukur mestilah tanda terima kasih. ape2pun.. Tuhan.terima kasih!

aduh.mata berkedip2 lagi.

sedikit doa
" Tuhan..terima kasih atas nikmat iman dan islam"

Tuesday, April 21, 2009

bagaimana jika aku tidak jatuh hati

bismillah




bagaimana jika aku tidak jatuh hati.
bagaimana jika aku tidak jatuh cinta.

bagaimana jika aku cinta pada orang yang tidak menyintaiMu.
bagaimana jika aku jatuh hati, tapi hati ku tidak terjaga.
bagaimana jika aku rindu, tapi rinduku hanya nafsu.

bagaimana jika segalanya nampak seperti terarah, tapi itu bukan arahnya.
bagaimana jika segala nampak penuh indah, tapi tiada hikmah.

sedikit doa
"Tuhan.jagalah hatiku selalu"

Monday, March 23, 2009

saya seorang misteri

bismillah.

kenapa saya misteri.

1) google nanti akan dominan kuasaa search platform.kenapa saya guna platform? sebab google sedang expand jadi platform.bukan lagi engine.maka saya mau remain misterius, kebanyakan ID saya, set kepada mode "never publish my profile". ada satu teori, domain anda adalah ID anda dimasa depan. makanya, nama-sebenar-saya.com adalah ID saya dimasa depan. maka wujud OpenID. cross platform ID. saya juga punya satu OpenID. tapi tak guna sangat. tapi walaupun saya remain "invisible" dalam google. saya yakin. cucu-cucu saya nanti akan mewarisi Gen seorang Geek dari atuknya. maka.saya lihat diri saya sebagai seorang sgt2 outdated. Goodluck Cucu2ku. kalau korang terer Googling or whatever dimasa depan nanti korang istilahkan, kalau jumpa.maka bolehlah buat scrap book; my geneology.untuk projek Sains korang. Tahniah! ingat .atuk kau seorang Geek. misterius. p/s saya subscribe alert function. maka setiap search untuk keyword nama/nick saya, akan dihantar terus kedalam email saya. sekian. ya.saya geek.ini benar. 

2) saya tak suka hasil tulisan saya dibaca oleh orang2 yang rapat dengan saya.kerna saya seorang yang dilhat sangat "keras" ataupun sangat2 tidak pandai tunjukkan emosi.maka.penulisan ini akan dilihat sebagai satu benda pelik kepada mereka. maka saya remain misterius. kalau orang2 rapat sudah pon terbaca.kira nasiblah.takbleh nak dibuat apa.

3) saya mungkin ada split personaliti desease.desease atau tidak.saya tidak tahu.atau tidak ambil peduli.kerana istilah berubah mengikut kecerdasan linguistik dan peradaban bangsa.kenapa saya tidak guna 'kepandaian linguistik'?. ingat? hanya terminologi.pengistilahan sahaja.makna tetap sama. 

4) saya tidak suka pre-judgement. saya tidak suke prejudis, subjudis. itu bahaya. kerana kalau Nabi bersifat prejudis/subjudis, maka saya dan keturunan saya ( dan engkau cucu2ku yang sedang membaca) akan/masih menyembah patung-patung berhala sembahan. Nauzubillah. 

5) saya tidaklah berapa misteri sangat sebenarnya. tidak perlukan kepandaian seorang angkasawan muslim pertama pon untuk "unlock" google search. ataupun kecerdasan seorang strategis politik melayu yang rasist.

6) saya di-inspirasi oleh Sheila on 7 kisah klasik untuk masa depan bagi entry kali ini.

7) saya busy.saya misterius. tamat.

sedikit doa
"Puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya menjadi sempurna kebaikan."

Wednesday, March 18, 2009

Cergam. ep : Percayakah kau?

Bismillah



















dulu kecik-kecik, mak abah cakap ape pon percaya. yang tu boleh, yang ni tak boleh. yang tut lagi la takk boleh. 
sekarang besar-besar, mak-abah cakap ape pon tak percaya. maklumla, dah masuk u, dah dapat digri, dah pakai topi- kepandaian, dah kenal dunia, dah kenal industri.

Cheh!
baru pandai bayar bil sendiri dah belagak.
baru pandai nak buat loan sendiri sombong.
baru pandai pakai kasut sendiri dah tinggi diri.
baru pandai berjalan takpayah bertatih ade hati nak pakai kereta sendiri.
baru pandai mengurat dah lupa cakap abah dulu-dulu.
baru pandai beli makanan sendiri dah lupa masakan mak.
baru pandai sikat rambut sendiri dah lupa mintak nasihat mak abah.

Cheh! 

sedikit doa
"Tuhan, dengarlah rintihanku, moga Engkau kasihani Ibu Ayah ku di akhirat kelak. tak terbalas jasa mereka, tak terhitung budi diberi "

Tuesday, March 10, 2009

this life surely hard one meh!

bismillah




Pertama-tama, Selamat Memperingati Ulang tahun lahirnya nabi junjungan besar. nabi paling agung, nabi paling dimulia-muliakan, nabi paling di rindu-rindui, nabi tempat kita bermanja-mana(mintak syafaat di akhirat), nabi yang paling lembut jiwa, paling indah akhlak. baca post lepas tentang nabi besar.

Hidup ni memang payah-memetik tajuk lagu, Yasin-Hidup Memang Payah, dalam album Arus Qudus. soalnya, bagaimana hidup boleh jadi payah.susah.gundah.ape2lah yang dikau-dikau nak rujuk sebagai payah. 

Hidup kalau senang, niat saje dah cukup. :
1) "aku nak minum, eh, dah hilang dahaga"
2) "aku nak diskaun untuk beli baju, eh, dapat free"

melampau laa. kan?  makanya, berusaha. susah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian. Jangan hidup nafsi-nafsi. " aku, aku lah, engkau, engkaulah"

berat bahu yang memikul, ringan lagi mata yang memandang. tangan yang menerima lagi hina dari tangan yang memberi. "Jangan engkau mengaku beriman, selagi engkau tidak diuji"

end of story hidup memang payah.kalau mau teruskan jelaskan pandangan dikau-dikau pasal hidup ini, sila posting terus di blog dikau.tak perlu komen. ok? wahai dikau-dikau yang membaca! (nak komen pon bleh.)

gua kena tag. nak layan.waahaha. di tag oleh che-ni.com

Kenapa kamu berblog?
kerana saya suka berfikir. bila berfikir dan menulis. nampak macam bagus sket. "macammm bagus!"
Apakah method penulisan dalam blog kamu?
method? aduh.method? apee ni woii. method... ikut mood.
Antara rupa dan isi blog, yang mana lebih kamu utamakan?
rupa & isi blog
Adakah kamu meletak widget lagu di blog kamu? Kenapa kamu memilih lagu tersebut?
tidak. widget tidak membantu penulisan gua.
Antara banyak-banyak artikel di blog kamu, yang mana paling kamu suka dan kenapa?
artikel dulu tahun 2003, "dialog antara akal dan hati" oleh.lutfiabi.blogspot.com . suka karena best.tapi itu dulu. siap kena quote sama seorang penulis novel.wahahha. itu je la.minah ni pun quote jugak.baca disini 
Pernah terasa nak hapuskan blog kamu? Sebabnya?
hapuskan? delete lebih sesuai kot.
Apakah pendapat kamu mengenai blog kepada pemilik blog yang tag kamu ni?
che-ni.com: blog hang canggeh. cepatlaa siapkan layout oleh bantuan orang2 HM(hijrahmedia).wakakka.
Senaraikan 5 orang yang akan kamu tag.
1) hilmi khairi
2) Kid (khedir)
3) fazlina
4) najlaa
5) suemala

(senarai orang yang tak layan tag)

sekian harap maklum.

sedikit doa
" Tuhan, andai kesenanganku membawa kesusahan orang lain, kau ajarkan aku rasa cukup dgn apa yang ada, andai kegembiraanku hasil tangisan orang lain, ajarkan aku rasa rendah diri"

Friday, March 6, 2009

Aku rasa aku nak berpuitis

Bismillah
Bismillahi Majleha, Bismillahi Mursaha.

Aku rasa aku nak berpuitis.

TIADA

jika tiada mentari. mana bisa rembulan sinari malam sepi.
jika tiada engkau. mana bisa aku berdiri disini.

Mana mungkin engkau tiada. kerna engkau dekat dihati.
dan engkau tahu rahsia hati. dan engkau kenal empunya hati.

engkau lebih mengetahui.

sedikit doa
" moga Engkau kurniakan aku ilmu dan hikmah"

p/s cheni oi. gua takbleh upload lagu band. copywrite issue. hahahha

Tuesday, February 24, 2009

Aku masih seorang rockstar

bismillah

Tag by Che-ni.com

1. Open your library (iTunes, Winamp, Media Player, iPod, etc)
2. Put it on shuffle
3. Press play
4. For every question, type the song that’s playing
5. When you go to a new question, press the next button
6. Once completed, tag 5 other people (including me!)

DON’T CHEAT!

Opening Credits:
Sendiri-Saujana ( ok. smua orang tau dah.. roksta mcm aku dengar nasyid )

Waking Up:
menotrome set 1- Lokpi ( bukan lagu, tapi tempo aku pakai kat earpiece time main drum, untuk tempo. beat 24)

First Day At School:
The Pilgrimage Of Life - mestica ( first time aku dgr lagu ni. takpenah tau ade lagu ni )

Puppy Love:
Haruka Kanata - Asian Kung Fu Generation ( puppy love? A.I.N.? - apa itu neraka?)

Fight Song:
Cinta Kudus - Brothers ( kamond laaa playlist.. takkan semua nasyidd kotttttttt )

Breaking Up:
Permataku- Mirwana ( ok fine!)

Prom:
Hate ( I really Dont like you ) - Plain White T's ( yes.. aku roksta!!! )

Life is Good:
Pagi Yang Gelap - Hujan ( A.I.N? )

Driving:
Mimpi yang sempurna - Peterpan ( kamonddlaaaaaaa playlist.kau memalukan aku)

Flashback:
Satu Rindu - Opick ( memang betul2 flashback..wakakaka. 3 tahun lepas )

True Love:
Setanggi Syurga - Inteam ( aku seorang rockstarrrr. masih rockstar )

Wedding:
I'm not okay - My chemical romance ( seee...... rockstarrrrrrrr wedding! wuuhuuuu. gruahhh<-- rock growl )

Moment of Triumph:
Cuai- Butterfingers ( triump -cuai? kamonddddd )

Death Scene:
Somewhere Only we know - Keane ( death scene. keane? kematian seorang gay kot. )

Funeral Song:
BIla Aku sudah Tiada - Hujan (cool.. tapi aku nak derang bace fatihah.lagi byk pahala.)

End Credits:
My Everything - Jari-lyric by lokpi ( serius.. lagu band sendiri..jadi lagu ending.. cool.. cool..cool..double cool..im hot )

Note : Playlist ni tak update dah setahun. maaflah ye.

saya mau tag beliau :

1) hilmi khairi
2) Kid (khedir)
3) fazlina
4) najlaa
5) che ni ( kena tag balik ke?)

firsttime layan tag-tag ni. macam cool je.. wakaka.ape2lah.

Monday, February 16, 2009

domino effect

bismillah





got it? tak faham.tak faham sudah.hahhaha

chow.

Sunday, February 8, 2009

Terima kasih mak!



bismillah.
4 tahun lepas 7 feb 2004. haa.2004 la kot.takpon 2005.. birthday gua.time tu masih blajar di labuan. haritu birthday gua.jumaat tak silap. Uztaz yagn tak penat2 menyuruh aku step up jadik imam tu.. tau birthday aku. so dia tanye... ape buat birthday2 ni?
aku jawab takde ape la..
hantar la sms kat mak..cakap " terima kasih mak, sebab lahirkan Pi 22 /23 tahun dulu,, terima kasih sebab jaga selama 22/23 tahun, terima kasih kerana bersusah-susah, menangis-nangis, kerana nak besarkan anak mak ni"
aku macam tersentak. first time dengar camni. selalunye, kite fikir harijadi tu.hari jadi la. orang yang dilahirkan di raikan. tapi ini sudah reverse-engineering ( hek eleh, engineer laaa plakk).. maknanya.. ucap terima kasih kat oarng2 yang besarkan kita . best tak?

best!

Terima Kasih mak, abah! Tuhan tempatkan mak, abah kat syurga. jumpa kat syurga ok?amin..

"Selamat hari lahir ke-26, tua dh.kawin cepat." sms mak aku kat anak dia.

sorry laa mak. kawin cepat tu xdapek nak di ejas. hahahah. ampunnnn tuannku beribu ampunn..
dah dapat cucu sorang.. jage tu dulu..wakakkaa. mak aku ni lucuu laaa.

sedikit doa
"Tuhan, kasihanilah ibu bapa ku sepertimana mereka mengasihaniku diwaktu kecilku"

Tuesday, January 20, 2009

kami berdoa, kamu berdarah



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabiMuhamad RasululLah.


bismillah.

Palestine.bumi yang dipetakan dalam jadual-jadual akhir zaman. "Yahudi-yahudi akan dikumpulkan setempat".
Andai inilah taqdir Allah subhanahuwataala untuk kamu semua wahai saudara-saudaraku, maka bergembiralah, kerana syahidnya kamu semua untuk membenarkan dan memberi laluan kepada kemenangan Islam dan Agama Tuhan! 
Dan berbanggalah, kerana nama-namamu wahai saudaraku, tertulis dalam sejarah, sebagai pelengkap jadual bahawa Islam akan kembali merajai alam.
Dan berbahagialah wahai saudaraku, kerana kamu sudah layak bersama-sama dengan orang-orang paling rapat dengan Tuhan mereka

Dan kami akan terus berdoa.
Kerana kami hanya mampu berdoa.

Syahidnya kamu saudaraku kerana Allah punya hadiah yang lebih manis buat kamu




Wednesday, January 14, 2009

P036 Kuala Terengganu, Ofis Baru, Berkampung di Newsroom Harakah dan sebagainya

Bismillah.

Gua rasa nak cerite pasal diri sendiri. poyo sket.nampak cam self obses
Ofis Baru
3 hari mengecat.
part workstation > chilli red and maroon
part training room > blue sky and dark blue
terus demam. tapi tak demam2.asik bersin.so.anggaplah gua demam.
gua nak interview 3-4 orang budak. sorang tu fresh grad UIA, huh~ fresh grad wa cakap lu, tapi demand gaji 2300RM. hahha. layankan aje laa.


Kuala Terengganu
Ic gua 83****-11-5183. lu orang nampak tak '11' tu? itu kuala terengganu born. gua lahir kuala terengganu, time tu eja hospital kuala terengganu tu still "Kuala Trengganu", dalam surat beranak camtu la tulis. tapi time sekolah rendah gua tulis tempat lahir kuala trengganu, cikgu marah.
"apsal plak? kan kate nama khas tu. mesti laa ikut" gaya samseng gua kat cikgu tu. gua takde kene mengena ngn PRK P036 Kuala Terengganu. sekian.

Harakahdaily
Minggu dopan, gua kena berkampung dengan reporters Harakah, minggu lepas meeting dgn Lutfi Othman ( ketua pengarang Harakah) lawak2.. ade 2 lutfi, so..orang2 yang selalu call2 pasal harakah selalu tetukar number dgn gua, haha.angin laa cik Lutfi tu, tapi dulu2 derang panggil gua Lutfi keciik.cehh.kepada Special Branch (SB) yang bace blog gua ni, maaflah ye, heheh, takmau marah2..alalala..kuci kuci.. :) maaf cikgu.

dan sebagainya

gua rasa untuk tahun 2009 ni,malas nak melayan resolusi2.. nak berenti merokok la, ape laa.macam tak realistik je. so.ape2 je lah. kalau Tuhanku nak bagi, Dia bagi jugak. bukankah Tuhan itu Maha adil lagi maha Mengetahui, mana mungkin Tuhan bersikap kejam terhadap hambaNya. terima kasih Tuhan atas nikmatMu. tak mungkin terbalas. tak mungkin..tak mungkin.

palestin, 3-4 minggu ni, sume orang layan isu palestin. ohh ye.. sila tunjukkan semangat anti zionis anda dengan men-copy-paste kan code disiniye,. ada banner pack untuk bloggers.klik sini.. ehh bukan.. sini... ehh.. sini. ahahah. internet ragging.

tetibe gua tengok blog cheni. post yang suruh gua layan tag dah delete.so gua tak ingat ape soalan2 tu.so terus gua tak jadik nak layan tag.hahha.sapa suruh hang padam che ni oiiii..
itu sahaja update utk 2-3 minggu ni. ohh yeah.abg gua, Luqman, sudah dapat baby perempuan awal january, namanye Diang Nur Arissa binti Muhammad Luqman. yeah.gua uncle sekarang..!!

Sedikit doa
"Tuhan, andai ini takdir Engkau untuk Palestin, maka kami terima, tapi kami mengharap agar Engkau campakkan rasa kuat didalam jiwa-jiwa kami, dan campakkan rasa gerun di hati musuh-musuh kami, Engkaulah Tuhan, pemegang kunci hati, Amin ya Robb"