Wednesday, December 29, 2010

dear God

bismillah




:)

Sunday, December 12, 2010

Cahaya

bismillah


engkau percaya bahawa mata melihat
dengannya engkau takjub dengan manusia
dengannya engkau merasa hebat dengan dunia
tapi engkau lupa mata tidak mentafsir

betapa Besarnya ciptaan mata
betapa Cantiknya ciptaan Dia
Maha Besar lagi lah pencipta Mata
Maha Cantik lagi lah Tuhan yang mencipta

bertuahnya aku memiliki mata
bertuahnya aku dapat melihat
bertuahlah sungguh kalau aku kenal dengan Tuhan, Pencipta mata
lagilah bertuahnya kalau aku melihatMu wahai Tuhan

kalau aku melihat,
aku harap aku tidak cepat mentafsir,

kalau aku dapat mentafsir,
aku harap aku cepat cepat mengenal.

kalau Engkau wahai Tuhan tarik ciptaan mata
aku harap Engkau benarkan aku untuk masih mentafsir

wahai Tuhan, aku harap Engkau melihat aku dengan pandagan Kasih Sayang dan CintaMu

Tuhan,
aku ingin berkenal kenalan denganMu




"Cahaya!

Wahai Tuhan,tolong sampaikanlah
doa dan rindu ini
kepada Nur Muhammad
cahaya sebagai sumber segala cahaya

Wahai Tuhan, tolong ikatkan lah
hati kami ini
kepada Nur Muhammad
cahaya pemupuk hati dengan Allah"

Sunday, November 21, 2010

bila kita pandai menerima

bismillah


terimalah apa sahaja dari Tuhanmu

nescaya engkau akan rasa senang hati


redhalah dengan ketentuan Tuhanmu

nescaya engkau akan rasa berlapang dada


syukurlah dengan ujian dari Tuhanmu

kerna ujian itu tanda kasih dan sayang Tuhan


istighfarlah dengan nikmat Tuhanmu

kerna itu ujian atas kesenangan


merintihlah menangislah merayulah dihadapan Tuhanmu

kerna itulah kekuatan bagi mereka yang pernah merasainya


mintalah berdoalah berharaplah atas nama Tuhanmu

kerna itu adalah sumber kekuatan bagi mereka yang mengetahuinya




---


Andainya manusia berkasih kasih, rindu merindu, bercakap cakap dengan Tuhan mereka, nescaya manusia itu hilang dalam rindu, mabuk dengan cinta dan hanya Tuhanlah tempat mereka berharap harap dan meminta minta dan manusia tidak lagi peduli dengan kata kata dan kuasa manusia. dan Tuhanlah yang selalu didalam hati mereka.



sedikit doa

" Tuhan, bila aku diuji, aku harap harap aku redha, bila aku diberi rezeki, aku harap harap agar aku bersyukur, bila aku lemah, aku minta agar Engkau jadi kekuatan aku, bila aku kuat, aku harap agar Engkau ingatkan aku"


Tuesday, November 2, 2010

Ashkuruka ya rabbi

bismillah




i.
kalau syukur, mahu sedikit-sedikit gembiranya,
mana tahu kalau kalau kegembiraan itu hanya seketika.

kalau sedih, mahu sedikit-sedikit sedihnya,
manalah tahu kalau kalau selepas itu ada cahaya.

ii.
mencari Tuhan yang hilang,
bukanlah dengan berjalan jalan dipasar
kerna para pencinta Tuhan itu ada di sajada
kerna mereka hilang dengan Tuhan

kerehatan aku, kerna Engkau bersama

mabuk aku denganMu, kerna Engkaulah segala

mati aku kerana Redha dan Cinta.

hilang aku, lemas aku dengan labuhnya selimut cinta

kerna bukan aku tanpaMu

iii.
kalau kufur itu, mahu lekas lekas sedarnya,
manalah tahu, hilang roh dibejana tubuh tatkala masa

kalau kedosaan itu, mahu lekas lekas nasuhanya,
manalah tahu matimu kawan dengan ditemani syaitan

iv.
buat sahabat dan teman

selimutilah dirimu dan jiwamu dengan sutera cinta

kerna Tuhan itu mencintai dan sedia untuk dicintai

bangunlah dan berdirilah wahai jiwa jiwa besar

kerna Tuhan itu ada, mana mungkin sifatnya tidak ada


sekian.
lamthofaya.
ukp.

Sunday, September 26, 2010

jadi macam macam

bismillah

1. macam macam jadi. lepas raya teruk demam. belum masuk ofis kerna ofisnya belum siap. biasalah. nak berdagang kena ada kantornya. nanti orang ingat kita tak serius dengan perjuangan.
2. macam macam jadi. sepatutnya perusahaannya baik baik. tapi biasalah, berdagang. tak selalu ikut apa kita nak.
3. macam macam jadi. berjumpa dengan rakan rakan niaga, ada yang semangat melihat semangat kita, ada yang tidak pandang bila belum berjaya. ada yang kuatkan kita, ada yang jatuhkan kita. biasalah, orang kita, selagi kita belum berjaya, selagi itu pandangan kita tidak diterima.
4. macam macam jadi. nak berjuang, tapi belum tahu pemimpinnya siapa. nak memimpin, tapi ahliahnya belum siap siaga. biasalah, naluri lelaki, kalau tiada naluri pemimpin, bukanlah lelaki.
4. macam macam jadi. aku mahu berjaya, aku mahu berniaga, aku mahu memimpin, tapi belum jumpa kekuatan, sedangkan kekuatan itu tawakkal dan solat malam dan merintih rintih di sepertiga malam. biasalah, manusia kalau sudah melihat yang zahir.

ahh. macam macam

sedikit doa
"ingatkan aku tentang kematian, kerana kematian itu datang tiba-tiba"

Tuesday, September 7, 2010

Sempurna

bismillah





Tuhan,
dengarlah rayuanku
dengarlah dombaku
mana mungkin Engkau tidak mendengar
sedangkan sifatMu yang sempurna adalah Maha Mendengar

Tuhan,
Kau jadikan aku,
Kau ciptakan aku,
hanya untuk menyembahMu, mencintaiMu
sedangkan cintaku padaMu masih bermusim, sembahanku selalu berwaktu

Tuhan,
tiada aku tanpaMu,
hina aku kerana KemuliaanMu,
betapa bergantungnya aku kepadaMu sebagai Tuanku, Tuhanku
sedangkan aku masih bertuankan nafsu

Tuhan,
jagalah aku,
temankan aku,
siapa yang boleh menjagaku, kalau Engkau yang jaga segalanya
aku bimbang kalau Kau tinggalkan aku, musnahlah hidupku

Tuhan,
singkat benar hidup ini,
cepat benar masa berlalu,
aku masih berkejar-kejar dengan dunia,
sedangkan aku tahu yang dikejar itu mutlaknya redhaMu

Tuhan,
betapa bodoh aku,
betapa tuli aku,
aku persiakan jiwa ku kepada selainMu, mencintai selainMu
sedangkan aku faham benar CintaMu sentiasa berbalas, sentiasa berbaloi

Tuhan,
panggillah aku,
serulah aku,
andai ada redhaMu keatas diriku,
beruntunglah aku kerana hanya redhaMu yang paling mahal

Lemas dalam Rindu
Tenggelam dalam Tangisan

Saturday, July 17, 2010

Ashadu allailaha illallah Wa ashaduanna muhammad arrasulullah

bismillah

mari memperbaharui iman kita

لا إله إلا الله

محمدا رسول الل


sesungguhnya, inilah dua kalimah paling agung
inilah kalimah paling berat timbangannya dari berat alam dan seluruhnya

sesungguh matinya seorang manusia itu berhak ke atasnya syurga
walaupun pernah mengucapkan kalimah kalimah ini dengan ikhlas, walaupun hanya sekali

sesungguhnya inilah sahaja yang akan menjadi penentu terakhir
antara azab Tuhan dan nikmat Tuhan

sesungguhnya kalimah-kalimah inilah yang akan membawa kekuatan
andai kami tahu apa isi kandungannya

sesungguhnya Wahai Tuhan, Engkaulah pemilik kalimah ini
dan kami redha Engkaulah Tuhan, dan Muhammadlah utusanMu

moga moga inilah kalimah menjadi kekuatan dikala susah,
menjadi peringatan diwaktu senang.
menjadi penutup dikala kami menghembuskan nafas penghabisan.

moga dengan kalimah ini, Engkau redha keatas kami

Monday, July 5, 2010

mengade-ngade

bismillah

gua tengah banyak job,
tetibe plak cs5 gua expired. lupe nak crack ( tak reti nak crack, crack kali ni susah)

lantas
==========

gua g beli cs4 plak

==========

binawe wal lahabau.

sekian.

sedikit doa
"Tuhan, tidak Engkau campakkan ujian melainkan Engkau tahu aku sanggup menerimanya"

Saturday, July 3, 2010

surat untuk seorang zaujah

bismillah




wahai zaujah,

Surat ini aku tulis sebagai tanda ingatan ku kepadamu,
sebagai tanda rindu kasih kepadamu,
sebagai tanda cinta sayang untukmu,
sebagai hadiah buat ganti aku peneman malam-malammu.

wahai zaujah,

kau pun tahu, engkau bersama dengan aku,
bukan senang yang aku persembahkan,
bukan wang yang aku letak sebagai hadiah kebahagiaan,
tapi hikmah yang aku mampu kongsikan.

wahai zaujah,

Tuhan temukan aku dan engkau dalam ketentuan,
kerana Tuhan dengan perancanganNya,
kerana Tuhan dengan KebesaranNya,
kerana Tuhan kita berkasih dan bercinta.

wahai zaujah,

sabarlah, mungkin aku tidak sempurna,
kerana yang sempurna adalah Tuhan,
kerana yang menyempurnakan adalah Tuhan,
kerana Kesempurnaan itu milik Tuhan,

wahai zaujah,

aku ajarkan kau kalimah syahadah dihari besar kita,
agar engkau mampu kenal dengan Pencipta,
agar engkau tidak kecewa jika aku mengecewakan engkau,
agar engkau rasa bahagia jika aku nanti tiada.

wahai zaujah,

akan aku bisikkan rahsia-rahsia besar,
agar engkau dapat melihat dengan hati,
agar engkau dapat merasa dengan akal,
agar engkau rasa cukup dengan TuhanMu sahaja.

wahai zaujah,

mana mungkin aku jadi yang terbaik,
sedang yang terbaik itu bukan manusia,
mana mungkin aku jadi kuat untukmu,
sedangkan yang kuat itu bukan aku.

wahai zaujah,

aku harap engkau dapat membaca,
aku harap engkau dapat merasa,
aku harap engkau dapat mentafsir,
aku harap engkau dapat maksudnya,

wahai zaujah,

Tuhan itu Satu,
Kematian itu benar,
Syurga itu benar,
Neraka itu benar,
Syahid itu benar,


ikhlas.



Monday, June 28, 2010

Monday, June 14, 2010

syukur atas syukur, taubat atas taubat

bismillah

Engkau duduk dibumi Tuhan
Engkau berjalan diatasnya
kemana mana tetapi engkau derhaka padanya

Engkau makan rezeki milik Tuhan
Engkau miliki apa saja
malang sekali engkau tidak pedulikanNya
Engkau terima nikmatNya

Tidak pernah Tuhan meminta bayaran
takut engkau tidak bersyukur padaNya

sedangkan manusia berbudi dengan kita
kita tidak patut tidak mengenang budi
tidak mengenang jasa manusia pada kita
jiwa sesiapaun tak boleh menerimanya

inikan pula Tuhan yang mencipta
menghidupkan dan memberi segalanya
tiba tiba kita tidak besarkanNya

ertinya kita adalah manusia yang tidak berhati perut
yang tidak sedarkan diri dan membesarkan diri

bahkan manusia yang membesarkan diri
dan sombong terhadap Khaliqnya
itulah diri engkau tidak mungkin menongkat langit

disatu hari nanti
engkaukan menemui Tuhan pencipta engkau
disanalah nanti engkau akan menyesal tidak berkesudahan

sedikit doa
"Tuhan, tambahkan rasa syukur dikala aku kesempitan, moga syukurku adalah tanda syukur di atas syukur, kerna syukur adalah nikmat hati, dan belai dan siramlah hati-hati kami dengan rasa syukur. seterusnya Engkau campakkan rasa ingin bertaubat, rasa ingin selalu bertaubat, kerna taubat itu adalah taubat di atas taubat-taubatku, kerana taubat itu juga nikmat dan anugerah hati dariMu wahai Tuhan, ingatkan aku bahawa taubatku itu adalah palsu, agar aku bertaubat diatas taubatku itu."

Monday, June 7, 2010

selamat malam

bismillah

jam sudah 2:36 pagi
lapar. hisap rokok. taip taip

tapi gua rasa mau cakap pasal bersangka baik. so. bab awwal. sangka baik ni boleh jadi bagus dan boleh jadi tak bagus. sbbnye? sebab sangka baik ni boleh menyebabkan kita tertipu. tak bagus la kan? dan sangka baik ni boleh sebab kan kita dapat manfaat. bagus!

maanfaat yang bagaimana?
gua panjang lebarkan disini. bila sangkaan kita itu betul, contoh :
" esok nak balik kampung ni, tiket tak beli lagi. mesti kaunter tiket penuh"
sangka baik berlaku : " pergi je lah, cuba je. tak rugi cuba. lagipun aku bukan buat ape-ape pon esok. cuti"
bagaimana manfaat : rupe-rupenye.. orang-orang lain yang nak balik kampung guna bas. dok fikir benda yang sama, depa ingat kaunter penuh. so derang suma dok pakat malas nak pergi. alih-alih, kaunter tu agak lengang.

so.mudahkan analogi di atas.?

sangka baik yang tidak bagus?
lu orang terbalikkan je la stori atas tu. takkan nak cerite jugak. lembab!

sekian. mahkamah adjourned.

sedikit doa
" Tuhan, biarlah kami sentiasa bersangka baik kerna kami tahu Engkau sebaik-baik perancang"

Saturday, June 5, 2010

sudahlah

bismillah

alfatihah kepada ayah seorang kawan. pergi beliau ketika umur baru menjangkau pertengahan 50s. moga roh nya di dalam kasih sayang Allah.

bercakap soal kematian, kematian itu patut di ingati dari detik ke detik dan dari saat ke saat. Tuhan tidak janjikan kematian kita hanya di waktu tua, dan juga tidak disebabkan sakit, kerna tidak sakit boleh mati juga. oleh itu jangan lah bersenang senang hati. tunggulah kematian dari nafas ke nafas. agar kita tidak angan-angan melalaikan.

dan kematian oleh para syuhada' volunteris flotilla gaza itu syahid yang besar. dan mereka sudah pastinya sudah berkira kira akan risiko kematian ini tatkala mendaftar untuk ke gaza. dan mereka sudah menjangka kematian akan berlaku kerna misi itu misi besar, iaitu membebaskan saudara-saudara mereka. dan ini adalah syahid yang sungguh benar. syahid kerana Tuhan dan agama mereka.

berbahagialah syuhada flotilla
berbahagialah mereka yang dijemput Tuhan dalam Rahmat dan RahimNya
berbahagialah mereka yang pernah punya niat untuk syahid mengangkat senjata
berbahagialah mereka yang darah mereka menjadi cagaran ketika di hadapan Tuhan
dan berbahagialah mereka selalu berterbangan ibarat burung-burung di Syurga kelak

Sedikit doa
"Tuhan, malu kami dengan Mu, kerna kami belum mampu untuk syahid dengan senjata di tangan kami, darah mengalir di bumimu, kerna kami belum dapat menunjukkan rasa cinta kami kepadaMu dan agamaMu, moga Engkau campakkan cita-cita syahid kedalam hati kami, supaya kami dapat persembahkan darah sebagai bukti kepadaMu di akhirat kelak"

Monday, May 17, 2010

bila petani menjadi guru

















bismillah

ulama besar
"pokok pisang ni boleh ke biar tanam liar macam ni? tengok daun-daun pun dah rosak"

petani
"tiada masalah, biar saja ditanam secara organik, secara semulajadi, asalkan akarnya masih menyerap air, Nabi Ayuub itu saja, kalau dibagi penyakit apa saja, tidak apa, asalkan hatiya tidak rosak, asalkan hatinya dijaga."

tukang tangkap gambar
" ......................"

Ambik kau! bila petani mengajar manusia-manusia. takpayah pergi universitas - politeknik pertanian, buka mata hati, kenal Allah, bercucuk tanam.

mengkuot cakap cakap petani
"pertanian yang islam"

dan petani ini dapat menghasilkan padi secara 100% organik, tapi yang paling best.. bila burung2 sawah itu dihibbahkan dulu dengan makanan, supaya bila padi sudah tumbuh, burung tidak kacau padi. canggih. burung-burung itu dihibbahkan dahulu. poweeeerr.

sedikit doa
"Tuhan yang Maha Besar, campakkan ilmu dan ilham kepada kami, moga kami dapat kenal dan rasa akan setiap ciptaan Mu, jagalah hati kami sebagaimana Engkau menjaga hati nabiMu Ayyub di kala dia sakit. agar kami tidak melatah dan tidak kufur ketika Engkau ujikan kami"

Friday, May 14, 2010

Tenanglah dengan TuhanMu, bermainlah di Taman-taman Tuhan

Bismillah

Terima kasih untuk segala cinta
terima kasih untuk segala pesanan-pesanan lisan
terima kasih untuk segala tulisan
terima kasih atas budi iman tuan
terima kasih tuan,

dan kerana tuan, Tuhan semakin dekat dgn hati
dan kerana tuan, iman itu adalah iman
dan kerana tuan, akhlak menjadi pakaian
dan kerana tuan, hati tempat jatuhnya pandangan Tuhan

dan kerana budimu tuan, rasa khuatir ketika mengadap Tuhan
dan kerana jasamu tuan, rasa khuatir tidak beradap dengan Tuhan
dan kerana pesananmu tuan, rasa bimbang kalau-kalau derhaka dalam ketaatan
dan kerana mu tuan, Tuhan adalah Tuhan yang patut di kenalkan

Tuhan, terimalah pemergian hambaMu dengan ketenangan

Tuhan, Engkau kenalkan bahawa Engkau adalah Tuhan
aku bangga ya Allah, Engkau adalah Tuhanku
Aku sembah Engkau selalu, tidak jemu-jemu
janganlah masukan kedalam hatiku, jemu menyembahMU

Ya Allah, aku redha Engkau adalah Tuhanku,
Jangan Engkau tukar redhaku selainMu,
Aku harap Engkau Juga redha denganku,
redha-meredhoi kita berdua hingga bertemu.

Terima kasih atas segala budimu tuan,
yang memperbaharui iman,
yang berbudi kepada insan
dan berjuang atas nama Tuhan.

Assalamualaikum. Maaf Zahir Batin. Salam rindu tertinggi untuk mu. sampaikan salam buat Muhammad, nabimu dan nabiku.


sedikit doa
"Tuhan, ampunkan dosa-dosa kami, andai ini jalan kami, maka kuatkan jiwa kami, andai terdapat dosa, ampunkan kami dengan kasih sayangMu, terimalah ibadahku yang tidak sempurna"

Tuesday, May 4, 2010

Jor June

bismillah

2 orang kawan-kawan lama datang
tashkil Jor June.

sembang-sembang cerita lama
depa kata aku ni angkat jazbah depa
zaman-zaman 2001-2002

aku cerita apa jadi kat aku. 1996-2010.
apa jadi kat aku.

alhamdulillah
Tuhan Maha Kaya.

Hanya Tuhan tempat berharap.
Kalau manusia mengenali Tuhan nya, hancur luluh hatinya, berkecai jiwanya, tak sempat memikirkan segala yang lain, semata mata terpaku, dengan Tuhan nya.

tengok orang bercinta. gua nak bercinta
padahal dah cakap dah, benda-benda ni sementara.

tempat kerehatan di dunia.
sedangkan Tuhan itu Maha Penghibur

Alhamdulillah
Tuhan Maha Besar

orang dah cakap, tiada tempat berpaut sekuat Tuhan Azzawajalla
kerana Tuhan tidak pernah mengecewakan kita.
kerana Tuhan sudah tentu menerima kita tatkala kita sibuk dengan dunia, dengan kerja, dengan segala,
mana mungkin manusia faham.
kerana Tuhan Maha Penghibur. yang Mutlak. yang tidak pernah merajuk dan tidak kecewa ketika kita sibuk dan lalai.

Allah he Allah kiya karo


Sedikit doa
"Ya Allah, ketika kami sibuk dengan dunia, Engkau tetap dengan KebesaranMu melimpahkan rezeki kepada kami, sedangkan kami berpaling kepadaMu, padahal kami tahu bahwa Engkaulah pemegang anak kunci rezeki, alangkah bahagia jikalau kami tahu dan kenal dengan KekuasaanMu"

Sunday, April 18, 2010

perghhhhhh

bismillah.

Hidup ni susah.
ada duit susah hati
takut takut duit hilang
takut pelaburan engkau tak menjadi
takut perniagaan engkau tak beruntung

bila duit tiada pun susah hati
takut takut tak mampu sara anak isteri
takut sangat tak mampu selesaikan hutang
takut engkau tidak seiringan dengan kawan

Hidup ni susah.
ada kawan susah hati
takut kawan engkau makan kawan
takut sangat kawan engkau maju dulu
takut terlampau kawan engkau tidak membantu

bila tiada kawan pun susah hati
takut gelak keseorangan
takut mati sendirian
takut takut mati nanti tiada orang kapankan


sedikit doa
"Tuhan, hiburkan aku"

Sunday, March 14, 2010

menantikan kedewasaan

bismillah




lagu hari lahir.

kan hilmi kan? hahhahaha// sudah lahh.

retired dgn saujana.

Monday, March 1, 2010

short skirt long jacket

bismillah

lagu feveret zaman uni.
sangat2 real, sangat engaging.
sapa tak mau?




ahahhahahahah :)
ahahahhaha
hahhahaha

hahhahhaha

sedikitt doa dihujung
"Tuhan, moga ketawa ku di ganti dengan rasa takut dan cintaku kepada Mu"

Thursday, February 4, 2010

Kalaulah Engkau Tahu

bismillah



ada yg benci dirinya
ada yg butuh dirinya
ada yg berlutut mencintanya
ada pula yg kejam menyiksa dirinya

ini hidup wanita si kupu-kupu malam
bekerja bertaruh seluruh jiwa raga
bibir senyum kata halus merayu memanja
kepada setiap mereka yg datang

dosakah yg dia kerjakan
sucikah mereka yg datang
kadang dia tersenyum dalam tangis
kadang dia menangis di dalam senyuman

oh apa yg terjadi, terjadilah
yg dia tahu Tuhan penyayang umatnya
oh apa yg terjadi, terjadilah
yg dia tahu hanyalah menyambung nyawa



sedikit doa
" Tuhan, kalau ini bukan cara ku, jauhkan aku daripadanya"

Wednesday, January 20, 2010

mabuk

bismillah

inikah rasa syukur?
bila sikit, terasa cukup
bila banyak, mudah untuk memberi

apakah tanda bahagia?
rasa tenang dengan sang pencipta
di singgahsana rasa

apakah tanda dalam rahmat?
bila urusan selalu dipermudahkan
bila ujian adalah penghapusan dosa

mungkin ini tanda dalam rahim?
bila hati semakin mabuk
mabuk dengan Tuhannya


sedikitttttttttt je doa
"Tuhan, panggillah aku supaya aku tidak jemu denganMu"

Tuesday, January 12, 2010

canggung

bismillah

2 minggu gua tak meng"feed" hidup gua kat internet.biasala.zaman2 social networking / viral ni. kena feed orang lain dgn apa yang kita buat.

contoh 1 : "ahmad is watching tv, bored"

contoh 2 : "ainul is out to TGV"

ape ke jadah nak bagitau Dunya engkau tengok tv wahai ahmad? apekejadah nak bagi Dunya engkau pegi TGV ainolllll. stop feeding me. ok? and i dah stop being feed from u ol ok? damnit.

2 minggu gua bergelanggang dengan kawan-kawan yang setia di waktu susah, pemberi warna dikala siang. eccehh.

2010 masuk. 2009 sudah hilang. buku baru? takpayah lee.

haa. abg hilmi khairi sudah selamat dgn walimahnya. sorry abang. gua takbleh datang. sbb gua antar adik gua masok asrama. lepas tu kad lu bagi. mmg laaa lu nak buat gua marah kan? lagi 3 hari baru kad tu sampai? lu kejam kan mi?

2 minggu ni gua melo down. lagu dalam playlist sume mendayu2. chilako. kepada calon-calon isteri. ataupun isteri-isteri kepada suami anda, ni gua layout my personal nasihat :

1) Jaga akhlak
2) Jaga syariat
3) Jaga solat
4) Jaga aib suami
5) Jangan putus doa dan berharap dengan Tuhan
6) Jadi sahabat yang baik

p/s : ni list gua sendiri la. jgn jadikan hujah. kepada isteriku. selamat bertemu di sorga ok? i love u bebeh, hahahhaa

to do list : study Sikhism . siapa Waheguru. Moga Allah bantu aku dalam ilmu.

sedikit doa
" Tuhan, Bagaimana aku tidak menyembahMu, sedangkan aku hambaMu"