Saturday, July 3, 2010

surat untuk seorang zaujah

bismillah




wahai zaujah,

Surat ini aku tulis sebagai tanda ingatan ku kepadamu,
sebagai tanda rindu kasih kepadamu,
sebagai tanda cinta sayang untukmu,
sebagai hadiah buat ganti aku peneman malam-malammu.

wahai zaujah,

kau pun tahu, engkau bersama dengan aku,
bukan senang yang aku persembahkan,
bukan wang yang aku letak sebagai hadiah kebahagiaan,
tapi hikmah yang aku mampu kongsikan.

wahai zaujah,

Tuhan temukan aku dan engkau dalam ketentuan,
kerana Tuhan dengan perancanganNya,
kerana Tuhan dengan KebesaranNya,
kerana Tuhan kita berkasih dan bercinta.

wahai zaujah,

sabarlah, mungkin aku tidak sempurna,
kerana yang sempurna adalah Tuhan,
kerana yang menyempurnakan adalah Tuhan,
kerana Kesempurnaan itu milik Tuhan,

wahai zaujah,

aku ajarkan kau kalimah syahadah dihari besar kita,
agar engkau mampu kenal dengan Pencipta,
agar engkau tidak kecewa jika aku mengecewakan engkau,
agar engkau rasa bahagia jika aku nanti tiada.

wahai zaujah,

akan aku bisikkan rahsia-rahsia besar,
agar engkau dapat melihat dengan hati,
agar engkau dapat merasa dengan akal,
agar engkau rasa cukup dengan TuhanMu sahaja.

wahai zaujah,

mana mungkin aku jadi yang terbaik,
sedang yang terbaik itu bukan manusia,
mana mungkin aku jadi kuat untukmu,
sedangkan yang kuat itu bukan aku.

wahai zaujah,

aku harap engkau dapat membaca,
aku harap engkau dapat merasa,
aku harap engkau dapat mentafsir,
aku harap engkau dapat maksudnya,

wahai zaujah,

Tuhan itu Satu,
Kematian itu benar,
Syurga itu benar,
Neraka itu benar,
Syahid itu benar,


ikhlas.