Sunday, November 21, 2010

bila kita pandai menerima

bismillah


terimalah apa sahaja dari Tuhanmu

nescaya engkau akan rasa senang hati


redhalah dengan ketentuan Tuhanmu

nescaya engkau akan rasa berlapang dada


syukurlah dengan ujian dari Tuhanmu

kerna ujian itu tanda kasih dan sayang Tuhan


istighfarlah dengan nikmat Tuhanmu

kerna itu ujian atas kesenangan


merintihlah menangislah merayulah dihadapan Tuhanmu

kerna itulah kekuatan bagi mereka yang pernah merasainya


mintalah berdoalah berharaplah atas nama Tuhanmu

kerna itu adalah sumber kekuatan bagi mereka yang mengetahuinya




---


Andainya manusia berkasih kasih, rindu merindu, bercakap cakap dengan Tuhan mereka, nescaya manusia itu hilang dalam rindu, mabuk dengan cinta dan hanya Tuhanlah tempat mereka berharap harap dan meminta minta dan manusia tidak lagi peduli dengan kata kata dan kuasa manusia. dan Tuhanlah yang selalu didalam hati mereka.



sedikit doa

" Tuhan, bila aku diuji, aku harap harap aku redha, bila aku diberi rezeki, aku harap harap agar aku bersyukur, bila aku lemah, aku minta agar Engkau jadi kekuatan aku, bila aku kuat, aku harap agar Engkau ingatkan aku"


Tuesday, November 2, 2010

Ashkuruka ya rabbi

bismillah




i.
kalau syukur, mahu sedikit-sedikit gembiranya,
mana tahu kalau kalau kegembiraan itu hanya seketika.

kalau sedih, mahu sedikit-sedikit sedihnya,
manalah tahu kalau kalau selepas itu ada cahaya.

ii.
mencari Tuhan yang hilang,
bukanlah dengan berjalan jalan dipasar
kerna para pencinta Tuhan itu ada di sajada
kerna mereka hilang dengan Tuhan

kerehatan aku, kerna Engkau bersama

mabuk aku denganMu, kerna Engkaulah segala

mati aku kerana Redha dan Cinta.

hilang aku, lemas aku dengan labuhnya selimut cinta

kerna bukan aku tanpaMu

iii.
kalau kufur itu, mahu lekas lekas sedarnya,
manalah tahu, hilang roh dibejana tubuh tatkala masa

kalau kedosaan itu, mahu lekas lekas nasuhanya,
manalah tahu matimu kawan dengan ditemani syaitan

iv.
buat sahabat dan teman

selimutilah dirimu dan jiwamu dengan sutera cinta

kerna Tuhan itu mencintai dan sedia untuk dicintai

bangunlah dan berdirilah wahai jiwa jiwa besar

kerna Tuhan itu ada, mana mungkin sifatnya tidak ada


sekian.
lamthofaya.
ukp.