Wednesday, December 24, 2008

Kalau Semua bertaqwa

bismillah

Kalau semua golongan
beriman dan bertaqwa
tenaga mereka semua
dapat dimanfaatkan

Kalaulah ia pemimpin
dia dapat menegakkan
keadilan untuk semua golongan

kalau dia orang kaya
dengan harta mereka
mereka itu berkorban

kalau mereka ulama
menjadi suri tauladan
untuk menjadi ikutan setiap golongan

kalau mereka pemuda pemudi
siap siaga berkorban demi negarabangsa dan insan

kalau mereka itu golongan budayawan dan karyawan
mereka akan merpersembahkan suatu yang sihat tak membahayakan

yang penting semua golongan itu bertaqwa
takutkan Tuhan
semua golongan dapat dimanfaatkan oleh semua


kredit untuk:
Hasnul Jamal (voice of the decade,masyoAllah), Abu Hunais & Ahmad Taufik (great artwork!subhanollah), Qudamah, Ummu Ain and so on.

sedikit doa
" Tuhan...campakkan rasa takut kepadaMu...moga kami adalah golongan pemuda pemudi yang membela agamaMu"

Friday, December 5, 2008

jam 4 pagi

bismillah



baru balik dr puchong. musik2.
penat.mendownload kaspersky 2009.
bukak windows media player.
explore external hardisk.
pasang playlist nasidaria.
ttibe teringin nak dengar siti khadijah-inteam.

lagu faveret alltime. poyyooo lahh aku.

sekian.

sedikit doa
" Tuhan.. Engkau Maha Mendengar.. Jadikan aku lelaki berjiwa besar"

Monday, November 24, 2008

1000 markah untuk lutfi

bismillah

1000 markah utk lutfi ( self reward system-untuk boost self esteem )
sebab ape?

1. saya sudah berjaya deploy civicrm-standalone.cume belom berjaya bagemana untuk enable login gune common email host.yang ade cume openID.
2. saya juga berjaya menyetup hosting.(nama hosting tak boleh bgtau)
3. saya berjaya habiskan hampir 120 jam seminggu di ofis (1 week = 168 hours-google :week in hours)
4. saya berjaya marathon friends di starworld ahad hari tu.
5. saya berjaya habiskan layout h****ah***ly.n** . tunggu mase untuk prizen depan encik ahmad lutfi othman
6. saya juga tidak ketinggalan berjaya membantu para-para blogger seperti tetuan che-ni.com
7. saya juga berjaya mengekspose beberapa sumber utk kegunaan encik mazidul akmar sidek,untuk paparan beliau rabu ini.

sekian.harap maklum.
majulah blog untuk semua.

wabillah hidayah wattaufeeq
wassalamu.

doa macam biasa
"Ya Allah, mudahkan urusan.."

Monday, October 27, 2008

jom berkenalan

bismillah.

jom berkenalan dengan Muhammad (s.a.w).

nabi besar yang Allah cinta dan kasih.
nabi yang sangat-sangat besar jasa dalam hidup kita
kalaulah (kalau), nabi ada sifat mengalah, 
sudah pasti kita masih dengan berhala-berhala
sifat pemaaf nabi sangat halus
kalau (memang ada pun) orang baling najis, nabi hadiahkan dengan buah tangan
sangat-sangat kasih terhadap anak-anak kecil
sangat-sangat halus bicara terhadap musuh
sangat-sangat gemar kepada kecantikan
sangat-sangat cintakan keamanan
makhluk yang paling dicintai Tuhan
nabi yang di mikrajkan
nabi yang wajahnya sangat terang
nabi yang sangat tahan menerima ujian
kerana itulah dipanggil Habibullah
penghulu para rasul dan anbiya
penghulu seluruh orang yang bertaqwa
imam seluruh manusia

Sallallah Ala Muhammad, Sallallah Alaihi Wasallam

bayangkan kalau nabi mengalah!



sedikit doa
"Ya Allah Tuhanku, moga aku dapat berjumpa dengan kekasihMu, Muhammad yang Agung"

Wednesday, October 22, 2008

ambik kau!

bismillah



aku jiwangkan?

hehhehe

sedikit doa
"Jauhkan aku dari leka dengan perasaan yang sia-sia"


Friday, October 17, 2008

senyum bukan gembira, menangis bukan sedih

bismillah



jiwang pulak tajuk posting. aku rasa la kan. weblog aku ni memang terkenal ngan posting2 jiwang. takde bermaksud nak jadik jiwang. cume.time2 hati dilanda rasa-rasa tertentu, maka ilham utk berposting datang.

kelmarin.lepak dgn hilmi.brainstorming untuk projek. rasa-rasa ok kot. tapi entah.setelah double confirm..tetiba dapat berita tak boleh deploy. so.KIV lagi dan terus berfikir. dan banyak menghabiskan masa berym-ing dengan kawan sekolah jugak iaitu Fazlina.

aku rasa aku nak cerite pasal 'Rejection'. taste of rejection(s).(takde kena mengena dgn hidup aku.peringatan!)
pertama-tama, rejected n dump .berbeza.nanti bila2 akan dihurai.atai kawan2 bloggers mahu hurai? silakan wahai hilmi,che'ni,najlaa,tun,umniyah dan terbaru suemala.

aku rasa kan. rejection ni ringan sikit.daripada dump.atau kena dump. rejection kita takperlu ada rasa sesal, dendam(sifat ni tak bagus). rejection juga tak memerlukan penglibatan kawalan emosi 100% tapi mungkin dalam sekitar 20%.

dan yang paling bagus. rejection sangat mengajar kita untuk terus move on dan sentiasa ada usaha untuk add value to ourselves. ini bukan pasal rejection dalam cinta cintun. ini rejection secara general la. kalau korang nak fikir pasal rejection dalam cinta cintun, ikut suke koranglah.

aku rasa tak best cerite pasal ni.tapi sebab dah banyak tulis. save aje la kan?
chiau~

sedikit doa
"Tuhan, aku harap Engkau juga redha dan cinta denganku"

Wednesday, October 15, 2008

cerita pasal orang mukmin

bismillah

orang mukmin yang sejati
jika terbuat dosa
hatinya luka punah sedih dan derita

jiwanya marah
tak boleh melupakannya sepanjang masa
kalau ia anggota lahir
tentu nampak berdarah

kalau pun sembuh dari lukanya
namun parutnya masih ada

begitulah halus perasan
seorang hamba yang berdosa
ia tak boleh melupakannya
sepanjang masa
bagaimana ia boleh melupakannya
kerana parutnya masih ada

ertinya ingatan pada dosa
tak boleh dilupakannya
teringat sahaja, jiwanya tersiksa
teringat sahaja, hatinya derita
payah sekali dia mahu melupakannya

perasaan ini anugerah dan nikmat dari Tuhannya
takut dosanya itu buat syafaat padanya
tersiksa dengan dosa,derita dengan kesalahan
dianggap dari Allah itulah hukuman pada hambannya
moga di akhirat kelak terselamat
daripada siksa neraka

begitulah hati seorang mukmin
sentiasa sahaja ia bergelora
kerana takut dengan Tuhannya
lebih lagi setelah terbuat dosa

sedikit doa
" Wahai Tuhanku, campakkan rasa sentiasa resah dengan dosa, agar aku sentiasa berhati-hati, kerna mati itu datang bila-bila"

Wednesday, October 8, 2008

Kesedihanku

bismillah

Setakat inilah yang dapat ku sembahkan pada-Mu Tuhan
Sudah tentu terlalu banyak kekurangannya
Aku selalu sedih sebenarnya wahai Tuhan
Ku anugerahkan sesuatu kepada-Mu yang tidak sepadan
Tapi apakan daya setakat inilah yang ku mampu
Telah ku lakukan sedaya yang termampu

Hanya masih setakat ini sahaja
Kau tahu betapa sedihnya aku
Jiwaku merintih selalu
Jiwaku derita Engkau pun tahu
Mengenangkan ibadahku selalu kurang
Bagaimana pun kuharap terimalah

Walaupun serba kekurangan
Aku sangat malu dengan-Mu Tuhan
Nikmat yang Engakau kurniakan banyak
Namun ibadah ku sangatlah kurang

Tuhan maafkanlah aku dengan Rahmat-Mu
Ampunkanlah dosa-dosa ku
Jangan Engkau bertindak keatasku

sedikit doa'
"kalau aku sedih wahai Tuhan, hiburkan aku, kalau aku seronok, ingatkan aku"

Saturday, September 13, 2008

ramadhan,16 september, raya.

bismillah

i. ramadhan
bulan ini Tuhan ampunkan dosa
tapi aku buat-buat macam tak berdosa
bulan ini Tuhan turunkan Alquran
tapi aku buat-buat macam Alquran tak diturunkan
bulan ini Tuhan kurungkan syaitan
tapi aku buat-buat macam syaitan tak dikurung
bulan ini Tuhan hantar tentera jihad Badar
tapi aku buat-buat macam tak kenal erti jihad
bulan ini Tuhan hadiahkan lailatul qadar
tapi aku buat-buat macam tak mahu terima hadiah (sombong plak kan?)

ramadhan ertinya panas terik.

ii.16 september
kerajaan kelam kabut
rakyat susah hati
partai-partai pakatan rakyat usaha keras
"menimbangkan antara 2 darurat yang lebih ringan"
mujahideen tanpa suara kerja overtime

16 september hari selasa 16 Ramadhaan 1429
"Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. "

iii.raya
2 tahun lepas raya sengal (2006)
tahun ni agak ok sket
mahu beli baju warna apa ya
mahu pergi jalan TAR

raya? hmmm

sedikit doa
"Tuhan...ampunkan"

Monday, September 1, 2008

re-structure


bismillah

tgh bikin revamp.
tgh migrate dns
tgh migrate engine
tgh backup files

"apa lu ingat gua takde keje"

hehehe.

sedang tengok catalogue busana muslim dari situs-situs indo. baju raya la katekan..



mane cantik? gua rase hijo cantek. pasal warne coklat gua dah ade.


sedikit doa
"Ya Allah, mudahkan urusanku"

Thursday, August 28, 2008

jom puasa

bismillah.

jom puasa jiwa.
jom puasa hati.
jom puasa roh.
jom puasa akal.
jom puasa nafsu.
jom puasa mulut.
jom puasa mata.
jom puasa telinga.
jom puasa batin.

agar puasa kita lebih bermakna.
agar puasa kita lebih dari sekadar tahan lapar dahaga.
agar puasa kita jadi penyelamat di akhirat.
agar puasa kita jadi saksi untuk surga.
agar puasa jadi margin dari neraka
agar puasa kita buat Tuhan sayang dan cinta kita
(tapi Tuhan sudah sedia sayang dan cinta kepada kita? bagemana tu)

sekian

sedikit doa
"terima kasih Ya Allah karena temukan aku dengan Ramadhan Mu"


mau buat projek. design wallpaper utk 30 hari ramadhan, fadhilat ramadhan/tarawih.tunggu yaaa :)

Monday, August 25, 2008

selamat datang wahai kekasih



:)

MAAF ZAHIR BATIN SEMUA!

bertemu dengan Ramadhan
kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah, Aku bersyukur
Kau pertemukan ku semula ramadha yang mulia

di Ramadhan Ya Allah
Rahmat Mu rasa
banyakkan ibadah
ku tahu pengampunanMu melangit tinggi

Salam Ramadhan semua. moga Allah campakkan rasa-rasa tidak jemu untuk beribadah dan bercinta denganNya. kan bagus dalam ramadhan ini, dikala Iman sedang diasak, Tuhan jemput kita bertemunya. :)

YA ALLAH.

Wednesday, August 13, 2008

payanunta



bismillah

2 minggu - payanunta
kerja di siang hari - payanunta
kerja di malam hari - payanunta

nanti ade mase sambung.

end of part 1

sedikit doa
"Alhamdulillahirobbilalamin"

=====================================================

part 2

baru sampai ofis kat rumah.

mahu all out sebelum pulang bertemu ibu bapa
siapkan semua kerja before datangnya subuh sabtu

lately sangat terkesan dengan bait2 ini

"bagai singa di siang hari, abid dimalamnya"


aduh letihnya mujahadah.tapi sebenarnya letih tu pun ujian. kan?

doa lagi
"Ampunilah wahai Tuhan, segala dosaku, andai ini isya' terakhir buat ku"


end of part 2

Monday, August 11, 2008

rahsia dalam rahsia

Bismillah


Dalam kitab tasawwuf bertajuk Ad Darun Nafis karangan
Syeikh Muhammad Nafis bin Idris ibnul Hussin Al Banjari,
ada tertulis yg berikut…

Sabda Nabi SAW,

Ertinya ” Jangan kamu ceritakan kepada manusia akan ilmu yang tidak sampai
kepada akal mereka itu, adakah kamu menghendaki bahawa diperdustakan
oleh mereka itu akan Allah dan RasulNya?’

Berkata lagi Abu Hurairah ra..

Ertinya ” Aku memperolehi daripada Rasulullah SAW dua buah bijana ilmu.
Satu daripadanya boleh kunyatakan,
manakala satu lagi, tidak boleh kunyatakannya.
Jika aku menyatakannya,
nescaya halkumku disembelih orang.”
…..Riwayat Bukhari.


p/s

tidaklah disembunyikan. tapi disampaikan secara berperingkat. kalau ilmu itu tidak disampaikan langsung, maka jatuh lah sifat Khitman/hitman (menyembunyikan) bagi baginda. mana mungkin baginda nabi bersifat menyembunyikan? kan?




sedikit doa

"Ya Allah, Antal Ilahi, La ilaha illa Anta, Antal habibul Azomu li"

Thursday, July 31, 2008

beautiful life

bismillah



:)

sedikit doa
"segala puji bagi Tuhan"

Tuesday, July 29, 2008

singa di siang hari, rahib di malamnya



Bismillah

hari ni mahu tulis dalam bentuk point.

1. Teringat pesanan rasulullah SAW lebih kurang begini bunyinya.. "bergaullah dengan orang yang selalu menangis kerana mereka mempunyai hati yang lembut."

2. "kasihanilah aku wahai Tuhan, hamba yang lemah ini, pengampunanMu yang ku harapkan, siapa lagi yang akan membelaku, kalau Engkau tidak membelanya"

3. "Tuhan, terimalah ibadahku yang tidak sempurna, ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya, tapi apakan daya, ini yang ku mampu mempersembahkan, kepadaMU"

4. bangun di tengah malam, menangis bersungguh-sungguh, merintih-rintih di depan Tuhan, menghina jiwa karena kemuliaan kita di depan Tuhan bergantung kepada kehinaan kita di depanNya.bangunlah malam wahai pencinta Tuhan

5. mereka bersungguh-sungguh menunggu malam, hati sentiasa bimbang, takut cinta tidak berbalas, namun putus asa tiada. harapan sentiasa berbunga.

6. bertebaranlah mereka di waktu pagi, dengan urusan dunia mereka, ibarat mereka akan hidup selamanya-nya.

7. ibarat singa di siang hari. rahib dimalamnya.

sekian

sedikit doa
" Ya Allah, jatuhkan airmataku diwaktu takutku dengan Mu, sujudku, biar menjadi pemadam api nerakaMu"

Thursday, July 24, 2008

Cinta Agung, Cinta Teratas


bismillah

tajuk posting ni,same macam title blog aku dulu, (lutfiabi.blogspot.com, dialoguntuktuhan.blogspot.com) khakahahaak.biarlah.

hari ni.sehari selepas kantoi url blog ni kepada seorang "daie / murobbi" yang pernah berceramah bersama Tuan guru dan 15,000 pendengar. ada request dari beliau. nak huraikan Nur Muhammad. Usul dan kejadian. jawapannya: ilmu gua tak sampai situ, lagi.

gambar di atas adalah result utk keyword "doa,muslim" tapi page result no 3-4 camtu. so jom bercakap-cakap pasal persandaran cinta.

Rabiatul Adawwiyyah ( aku tak mahu bercakap pasal lagu inteam )
pelopor kepada idea " Tuhan sepatutnya dicintai" . Rasa-rasa cinta harus di gembur-gemburkan dalam hati. Agar Tuhan sentiasa dicintai. Kasih sayang Tuhan itu dirasa setiap waktu. dan Ibadah kita ini atas dasar cinta dan kasih dan redha, bukannya atas dasar pahala, syurga, neraka, dosa.

dan rasa-rasa bercinta ini hanya selayaknya di sandarkan kepada Allah Subhanahuwataala. Karena Tuhan (yakni Tuhanku dan Tuhanmu jua) tidak pernah dan tidak mungkin gagal untuk menyintai kita.

dan perasaan cinta ini haruslah dalam keadaan asyik.

1. " Aduh, asyiknya aku bercinta dengan Tuhanku "

2 ." Lazatnya rasa hatiku ketika beribadah "

3. " Oh, kalau aku langgar double-line ni, maka aku langgar arahan pemerintah, maka boleh buat Tuhan murka, kalau Tuhan murka, maka hilang redha, sedangkan redha itu penentu aku di akhirat " (taatlah engkau kepada Allah, dan taat kepada Rasul, dan pemimpin di kalangan kamu ) ini bukan pasal politik, tapi dari rasa-rasa di hati.

skenario 1.
hati itu terasa indah, asyik dan sangat mabuk dengan Tuhan. sangat dalam rasa cinta dan rindu kepada Tuhannya.

skenario 2.
bila hatinya terasa di cintai ( mana mungkin Tuhan tidak cinta kepada makhluk ) maka ibadahnya sudah ada roh. zikir-zikirnya sudah ada roh, solatnya sudah ada roh, doanya penuh pengharapan dan tangisan ( macam gambar diatas ) rintihannya di tengah malam sangat memberi kesan kepada peribadi. dialognya kepada Tuhan/Robb/Ilah sangat terkesan. monolog di hatinya sangat dalam.

skenario 3.
bila hati sudah mabuk.bila ibadahnya sudah ada roh ( solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar, benar?) maka, peribadinya sudah sangat-sangat teguh, syariatnya kemas, akhlaknya indah. ini barulah deep change ( sebab aku kerja kat company training, istilah macam ni selalu guna )


Sekian.

sedikit doa
" Wahai Tuhan, aku bangga berTuhankan Engkau, moga aku rasa cukup denganMu, moga aku tidak menyembah selainMu "

Monday, July 21, 2008

Panggillah Aku

Bismillah



Isnin, 21 july 2008:list kejadian terjadi hari ini
1) masuk kerja baru.
2) news site kena hacked. logo hackers tu ade gambar bulan bintang! ape tu..
3) susun jadwal kenduri2 kawin.
i) fikri n yusz (bestman?)
ii) rosihan n saleha (hehe)
iii) naza n bad (insyoAllah,tp x diundang.bagemana tu)
iv) kawan kepada kawan ( tak tahu name )
4) cik liza dapat PTD.yeahhh..
5) syed aidil hizman balik malaysia.

itu aje untuk diri sendiri. jom bercerite sesuatu untuk kebaikan bersama.
semalam (ahad) sempat berdialog dgn wan sohor bani leman. lalu bertanya akukepadanya.soalan yang aku suke tanye kat uztaz2 besar. begini soalannya:

ustaz, saye ni mude lagi. ade 73 golongan..1 masuk syurga.yang mane satu? kan berjemaah tu wajib.?

wan sohor bani leman lantas senyum. orang muda memang suke tanye soalan-soalan macam ni.

macam nilaa. jemaah itu adalah perlu kalau dalam soal pengakidahan. maknanya, ahli sunnah wal jamaah (ASWJ) itu sudah memadai. dalam beraqidah, perlu jemaah. tapi kalau kita berjemaah atas dasar kaum, itu tidak menjadi wajib.

ooooooo..betul..betul.. lantas..soalan itu yang selama ini adalah sebuah soalan berat..hampir-hampir memuaskan. tapi jemaah yang mana?

yeahhhhhhhh~~~ aku suke tanye soalan ni..


eh.sebelum terlupa.

Selamat Pengantin Baru kawan-kawan! :) :) <-- double senyum..

yang sudah ade calon, jangan lengah2.jalan je..

sedikit doa ( dan harapan, eh.doa itu pengharapan laa kan? )
"Ya Allah, tidaklah aku sanggup diuji dengan ujian yang tidak aku tertanggung, hanya Engkau yang maha Mengetahui.andai sebesar itu ujian yang Kau tentukan untuk ku, dan jika ujian itu dapat membawa aku hampir kepadaMu, maka aku redha. Tuhan, Engkau tempat aku mengadu dan meminta-minta"

Thursday, July 17, 2008

kalau taat, Husnul Khotimah, kalau derhaka, Su'ul Khotimah

"Tanah:Hamparan Tidurku"


bismillah


monolog

Aku penuh debar dan sungguh cemas
menunggu hari kematian
karena dia datang tanpa ku ketahui

Aku takut diwaktu ketibaan kematian
aku tidak tahu didalam taatNya
atau didalam kedurhakaan

di dalam aku mengingatiNya
atau di dalam kelalaian

di waktu taat
husnul khitimahlah
jika diwaktu derhaka
Su'ul khotimah

Aduh, Cemas aku setiap waktu
bila mengingati mati
karena aku tidak tahu nasib ku
husnul khotimah atau su'ul khotimah

hati ku resah selalu
jiwaku terganggu
tapi orang tidak tahu

Aduh, mati adalah penutup segala-galanya
apa yang dikerjakan dan apa yang dirasakan oleh hati
itulah yang dibawa ke akhirat

disana, segala-galaya dinilai
jika tersilap, disana tidak boleh nak dibetulkan lagi

Tuhan,
Tuhan,
Tuhan!

hatiku sungguh cemas
aku harap
matikanlah aku diwaktu aku mentaatiMu
atau diwaktu mengingatiMu

kalau berlaku sebaliknya
karena kelemahanku
karena aku ini hambaMu
tidak dapat elak daripada kelemahan ini

dengan rahmatMu Tuhan
dengan rahmatMu Tuhan
Ampunkanlah dosa-dosaku diwaktu ini
bila dosaku Engkau ampunkan
aku seperti tidak membuat dosa
maka ringanlah bebanku diwaktu kesana

itulah harapanku padamu Tuhan
diwaktu detik kematianku
Engkau sajalah yang boleh menyelamatkanku

sedikit doa
"Ya Allah, moga aku mati dalam rahmat dan redhaMu. tidak apa yang lebih bernilai selain RedhaMu. biarlah aku miskin, tapi aku bahagia dengan RedhaMu"

Thursday, July 10, 2008

eh.banyak plak orang bace

bismillah

banyak pulak orang bace web-log ni ( asal blog adalah web-log=weblog=blog). takpe.takpe. tapi peringatan kepada pembaca semua, jgn digest direct isi kandungan blog ini.tahu? karena isinya tidak padan dengan pemiliknya.kalau mahu di ambil juga isinya.sila asing2kan isi dan pemiliknya.contoh; kalau mahu ambil ilmu disini, lupekan ownernya. ok? itu sahaja saya mhu kamu orang buat.terima kasih :) <-- kasik laa satu smiley.. kang kate kerek plak...hehhe

sudah resign dari company kat bangsar ni.cuti selama seminggu, kemudian di manjalara. start fresh ( konon-konon ). 2 minggu kebelakangan ini, banyak laypark (baca: lepak) dengan brother-brother usuluddin. lalu diajarnya sedikit.lalu dijemput ke kelas.( tak penah pegi lagi ). dan dengar cerita, gurunya seorang yang amat humble, penjual koewtiaw ( ejaan tak sure ) yang dimalam harinya seorang abid dan guru agama.

so.2-3 minggu ini.agak bz diwaktu malam. ( kerja satu lagi dan belajar-belajar ) wahh.siap disuruh mengubat orang lagi.ape ke hal cikgu ni?


bercakap pasal usuluddin. flashback::

2 tahun lepas.pernah konfrontasi sama satu orang imam.pegawai JAWI.

"ustaz, berjemaah tu ape hukumnya?"

"wajib ke atas muslim" ( rujuk ustaz/alim utk info antara wajib dan fardhu, penting)

" ustaz, ada 73 golongan di akhir zaman, 1 je masuk syurga. yang mana satu?" ( rujuk hadis nabi S.A.W)

"hmm.begitu..kena tanya hati, ikut mana yang rasa kite boleh masuk"


anda para pembaca boleh digest?

sedikit doa
"Tuhan, jauhkan aku dari kesesatan dalam beragama, moga aku redha dengan Islamku dan Engkau juga redha dengan aku wahai Tuhan. Terima kasih kerna membenarkan aku bercakap-cakap denganMu."

Wednesday, July 9, 2008

Aisyah- Ya Sayyiti!

bismillah





Lord knows the way she feels
Everyday in his name she begins
To have her shining here by my side
I'd sacrifice all the tears in my eyes
Aicha Aicha - ecoute moi

sedikit doa
"Tuhan, berikan aku teman hidup yang memahami"

Saturday, June 28, 2008

kenape asik cinta?

bismillah,

knapa sikit2 pasal cinta?

malas mau jawab.
malas mau pikir.
kerja.kerja.kerja.

knapa sikit2 doa?

malas mau jawab.


sedikit dialog
"Ya Allah, Engkau sudah cukup bagiku"

Wednesday, June 25, 2008

Aku mahu Senyum


bismillah,
(inilah post yang paling sukar utk ditaip, paling makan masa utk disiapkan, paling banyak editing, paling banyak perasaan dalam satu post, paling banyak flashback dalam satu post, dan aku harap paling lega selepas published, dan paling susah nak fokus, sebab jantung sungguh laju)

Wahai Tuhanku, Engkau sahaja yang aku ada.bukan famili, bukan isteri, bukan sahabat.

Maafkan orang lain, boleh bawa kebahagiaan
maafkan orang lain boleh bawa kepada rasa-rasa damai
maafkan orang lain boleh bawa kepada senyuman
maafkan orang lain boleh bawa kepada silaturrahim
maafkan orang lain boleh bawa kepada iman
maafkan orang lain boleh bawa kepada syukur
maafkan orang lain boleh bawa kepada taqwa
maafkan orang lain boleh bawa rasa lega
maafkan orang lain boleh bawa rasa Betapa Besarnya Kemaafan Tuhan, tempat selayaknya disandarkan harapan dan rasa cinta.

sedikit doa / monolog
"Tuhan, Andai aku mati, biarlah aku sempat memaafkan orang lain, kerana Redha Engkau bergantung kepada redha mereka, aku harap Ya Allah, kita berdua Redha Meredhai, hingga bertemu. Engkaulah selayaknya untuk memberi redha, tanpa redhaMu wahai Tuhan, aku takkan kesyurgaMu yang indah itu.amin"

Thursday, June 19, 2008

Cerite dari seorang Brother



Bismillah

dulu aku ade nak cakap pasal bayi, mengandung.. Ok kite mulai!

2-3 hari lepas, sambil-sambil mengupdate dan menyiapkan layout satu web news alternatif, brother ni cerite laa.. bramm bramm bramm* . tetiba sampai satu topik, pasal anak dia, brother ni kawin lambat. umur 36 baru die kawin.. itu pon setelah tension melihat kawan2 lain sudah ada anak pinak cukup untuk satu team futsal atau team bola baling (sekolah rendah).

bramm bramm bramm* dia kate anak ni,, semuanya adalah hasil ajaran awal waktu dia bayi, termasuklah time anak tu dalam alam janin.

"yeke?" aku bebetul kagum, walaupun aku tau benda tu dah lame ( al hasil pembacaan majalah Anis yang aku langgan selama beberapa tahun, dek gatal nak mempersiapkan diri untuk jadi suami, puihhhhhhhhhh!)

"betul.." dia kate, isteri die lahir kat PUSRAWI - pusat rawatan islam, banyak kat malaysia ni,.KL? bersepah2. so.tambah die lagi. doktor yang jage isteri die..sangat2 concern kat bayi kandungan tu. die suruh cakap kat baby tu " sayang.. duduk diam2 ye.. ibu nak tidur.." , "sayang..betulkan badan ye..nanti senang nak keluar"

aku kagum!

sambung brother ni lagi, sepanjang tempoh mengandung itu, dia ngan isteri dia..langsung tak bergaduh, jaga amal, jaga ibadah, dan brother ni dulu tidak tight sangat laa amal dia (macam aku)

TUP TUP!
skang baby tu dah 2 tahun.. dan.. bile ibu dan ayahnye bergaduh.. anak dia akan cakap, " ayah marah ibu ke? ayah yang laa.yang laa(sembahyang laa.sembahyang laa) -sambil anaknye pegang sejadah..

dan.. anak itu skang bile dengar azan, sangat-sangat takut,, " kite takut.. kalau tak sembahyang..masuk neraka"

Anda rasa kagum?

namanya nur alshaurah aina , cahaya mata yang menawan :)





* bunyi percakapan yang aku tak fokus..lantas otak aku digest sebagai bramm bramm bramm

sedikit doa
"Wahai Tuhan, Jadikan daripada isteri (isteri-isteri) dan anak-anak (zuriat) kami, sesejuk mata memandang dan pemimpin (imam) yang bertaqwa"

Monday, June 16, 2008

bila sgala2nya nmpk mudah..rupa2nya Tuhan nk uji

bismillah

bila sgala2nya nmpk mudah..rupa2nya Tuhan nk uji


quoting satu bait cakap-cakap sama satu orang itu.

BENAR? TIDAK BENAR?

sila bace post dulu ,huraian pasal ujian.. betul tak amir2 sab ku..heheheh


sedikit doa
Ya Allah, andai ini ujian buatku, kuatkanlah jiwa ku agar aku dapat merasa syukur dengan nikmat, tabah dengan ujian.amin

Saturday, June 14, 2008

Semua! mari berkahwin!

Bismillah,

Wahai Tuhan, Ya Allah, Engkau pemegang jodoh dan ketentuan. :)

Mohamad Fikri Yaakob, sahabat terapat aku.sudah mahu kawin, ekoran bunda nya yang pergi berjumpa Ilahi, maka ini sudah tentu keputusan besar untuk dirinya. bagus. Moga Allah mudahkan urusan dia. aku sedih gak.tapi nak buat cammane, lepaskan jelaa kawan aku ni,

Zainor Ridzuan, kawan semesti. amir sab aku, pon sudah dipermudahkan urusan, tapi maamat ni lain. syariatnya, kemas.... akhlak, indah.. tawaddu',tawajjuh, moqorrobin. Allah mudahkan urusan.

Hilmi Khairi? dia ni pon aku doakan sungguh2, supaya cepat dijodohkan, mamat ni sangat-sangat komited dengan businessnya. pasti dengan kehadiran wanita, lagi boost amal dan muamalatnya ( bayar laa, aku dah promote ko ni.)

Muhammad Lutfi Ali? tengah berusaha 'tight'kan amal-amalnya. mahu lengkapkan separuh lagi agamanya. ahaha.desperate? tidak. cuma sudah sampai waktu mungkin.


Membina rumah tangga, menjadi impian untuk mereka-meraka yang sudah berkemampuan, mahukan anak-anak yang taat setia, isteri yang menjaga rahsia-rahsia rumah tangga.Tapi, tanggungjawab sang suami lagi berat. Menjadi pemimpin, memastikan hati anak-anak dan isteri ( atau para isteri ) sentiasa terikat dan takut pada Allah (Tuhanku dan Tuhan kamu). sudah lah hati mesti dipastikan di tambat, akhlak dan syariat mestilah dijaga, taqwa warga rumahtangga terjaga, terbela.

untuk mereka yang mengejar kerjaya, kekayaan di kejar dalam rumah tangga, pastikan memudahkan famili dan isi famili untuk beragama dan bersyariat. jangan sebab harta, anak-anak terbiar, isteri (atau para isteri) terbuang.

ade cerita best nak cerita kat korang . pasal cerite mengandung-mengandung ni. ade sorang brother ni cerite.. best crazzeee.. ok.

sedikit doa ( kali ni mahu spesifik)

Ya Allah, engkau jadikan lah rumah tangga kami (mohammad fikri yaakob, zainor ridzuan, hilmi khairi dan lutfi ) syurga sebelum syurga, tempat untuk kerehatan, tempat untuk bersenang-senang, tempat untuk mendamaikan jiwa, anak-anak dan isteri pengikut kata, jadikan mereka pengingat diwaktu kami lupa. moga keluarga kami dapat membela agamaMu wahai Tuhan, jadikanlah rumahku kilang-kilang rahmat dan taqwa.tempat kami mendapat kekuatan jiwa. Amin.

Tuesday, May 27, 2008

Mati syarat bertemu Cinta



bismillah

Sabtu minggu lepas, mak fikri, diangkat Allah nyawanya kembali ke rahmatullah. post sebelum ni, adalah post sempena hari pertama mak dia scanned. Arwah sangat2 peramah dizaman hidup", "sekarang dengan siape".

tapi Tuhan Lebih mengetahui, lebih Adil.

Al fatihah.


sedikit doa
" Ya Allah, daripadaMu kami datang, kepadaMu kami kembali, biarlah penyudah kami dengan penyudah yang baik ( husnul khotimah )

Thursday, May 22, 2008

Final stage & darjat



bismillah

kenape seminggu dua ni banyak sangat orang sakit kat keliling aku? semalam fikri sms, mak dia kena cancer. final stage. dan yang paling teruk, serang 5 tempat , limpa,hati,usus,perut n kidney,doktor kate tak boleh buat ape dah..

Nauzubillah. moga Tuhan kuatkan famili mamat ni. fikri ni antara kawan yang karib dengan aku. tahu pasal aku in-out. time aku menyorok dulu (2 tahun lepas) dia laa orang yang carik aku balik supaya bertemu masyarakat.

balik pada kisah sakit-sakit ni, Kenapa Tuhan cipta sakit? bukankah zalim kalau dipikir pikirkan, menyusahkan manusia laa penyakit ni, tapi bukan begitu. sakit-sakit inilah yang akan membuatkan manusia hampir kepada Penciptanya. bukan begitu? Ujian datang atas beberapa sebab, menghapuskan dosa dan meninggikan darjat disisiNya :) indah bukan? jadi, berterima kasihlah kerna kamu semua masih ditimpa sakit-sakit, kerna sakit-sakit ini bukti bahwa Allah Subhanahuwataala mahu hapuskan dosa-dosa dan tinggikan darjat anda!

sedikit doa
"Ya Allah, Tuhanku yang Maha Mengetahui, Jagalah hatiku, moga aku sentiasa bersangka baik dengan kejadian Engkau, Moga aku terima dengan hati yang terbuka, sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pencipta dan Penyembuh, Terima Kasih Wahai Tuhanku"





Saturday, May 17, 2008

seremban, diabetis dan cinta



bismillah


tadi pergi teman nfz ( nama sebenar dirahsiakan ) jumpa bakal cinta cintunya di seremban. 2 kereta, savvyku yang hitam dan gen2 biru nfz yang sudah ada skirt.

ceritanya begini:
sudah sampai di ktm seremban.nfz pickup wanita chantek itu ( cukup cantik, sopan, tinggi, manis, dan bertudung!) kemudian kami makan makan dan selepas itu kami berpisah sementara nfz masih bersama wanita itu. lutfi terus balik kuala lumpur.

sampai sampai dirumah. nfz cakap " die taknak aku" aik. pelik.. knape eh..

sebab wanita chantek itu ada diabetis. lepas tiap kali makan ..die inject tangan die ngan satu liquid (apetah) untuk diabetic tu..kalau tak dia pitam,

so.. ape kena mengena dengan tak mahu engkau?

yelah..die tak boleh beranak.. die tak boleh bercinta macam orang lain..

OHHH~~~



sedikit doa
"Ya Allah, Tuhan Penyembuh segala sakit dan luka, Engkaulah yang berkuasa keatas tiap sesuatu, pada Engkau kami berharap dan bersandar untuk kesihatan kami, moga kesihatan yang engkau berikan dapat kami gunakan untuk manfaat orang lain. Wahai Tuhan pemegang hati dan jiwa, campakkan kepada kami rasa-rasa cinta yang indah, supaya dengan rasa cinta ini, kami dapat berzuriat untuk agamaMu"