Wednesday, October 15, 2008

cerita pasal orang mukmin

bismillah

orang mukmin yang sejati
jika terbuat dosa
hatinya luka punah sedih dan derita

jiwanya marah
tak boleh melupakannya sepanjang masa
kalau ia anggota lahir
tentu nampak berdarah

kalau pun sembuh dari lukanya
namun parutnya masih ada

begitulah halus perasan
seorang hamba yang berdosa
ia tak boleh melupakannya
sepanjang masa
bagaimana ia boleh melupakannya
kerana parutnya masih ada

ertinya ingatan pada dosa
tak boleh dilupakannya
teringat sahaja, jiwanya tersiksa
teringat sahaja, hatinya derita
payah sekali dia mahu melupakannya

perasaan ini anugerah dan nikmat dari Tuhannya
takut dosanya itu buat syafaat padanya
tersiksa dengan dosa,derita dengan kesalahan
dianggap dari Allah itulah hukuman pada hambannya
moga di akhirat kelak terselamat
daripada siksa neraka

begitulah hati seorang mukmin
sentiasa sahaja ia bergelora
kerana takut dengan Tuhannya
lebih lagi setelah terbuat dosa

sedikit doa
" Wahai Tuhanku, campakkan rasa sentiasa resah dengan dosa, agar aku sentiasa berhati-hati, kerna mati itu datang bila-bila"