Monday, March 23, 2009

saya seorang misteri

bismillah.

kenapa saya misteri.

1) google nanti akan dominan kuasaa search platform.kenapa saya guna platform? sebab google sedang expand jadi platform.bukan lagi engine.maka saya mau remain misterius, kebanyakan ID saya, set kepada mode "never publish my profile". ada satu teori, domain anda adalah ID anda dimasa depan. makanya, nama-sebenar-saya.com adalah ID saya dimasa depan. maka wujud OpenID. cross platform ID. saya juga punya satu OpenID. tapi tak guna sangat. tapi walaupun saya remain "invisible" dalam google. saya yakin. cucu-cucu saya nanti akan mewarisi Gen seorang Geek dari atuknya. maka.saya lihat diri saya sebagai seorang sgt2 outdated. Goodluck Cucu2ku. kalau korang terer Googling or whatever dimasa depan nanti korang istilahkan, kalau jumpa.maka bolehlah buat scrap book; my geneology.untuk projek Sains korang. Tahniah! ingat .atuk kau seorang Geek. misterius. p/s saya subscribe alert function. maka setiap search untuk keyword nama/nick saya, akan dihantar terus kedalam email saya. sekian. ya.saya geek.ini benar. 

2) saya tak suka hasil tulisan saya dibaca oleh orang2 yang rapat dengan saya.kerna saya seorang yang dilhat sangat "keras" ataupun sangat2 tidak pandai tunjukkan emosi.maka.penulisan ini akan dilihat sebagai satu benda pelik kepada mereka. maka saya remain misterius. kalau orang2 rapat sudah pon terbaca.kira nasiblah.takbleh nak dibuat apa.

3) saya mungkin ada split personaliti desease.desease atau tidak.saya tidak tahu.atau tidak ambil peduli.kerana istilah berubah mengikut kecerdasan linguistik dan peradaban bangsa.kenapa saya tidak guna 'kepandaian linguistik'?. ingat? hanya terminologi.pengistilahan sahaja.makna tetap sama. 

4) saya tidak suka pre-judgement. saya tidak suke prejudis, subjudis. itu bahaya. kerana kalau Nabi bersifat prejudis/subjudis, maka saya dan keturunan saya ( dan engkau cucu2ku yang sedang membaca) akan/masih menyembah patung-patung berhala sembahan. Nauzubillah. 

5) saya tidaklah berapa misteri sangat sebenarnya. tidak perlukan kepandaian seorang angkasawan muslim pertama pon untuk "unlock" google search. ataupun kecerdasan seorang strategis politik melayu yang rasist.

6) saya di-inspirasi oleh Sheila on 7 kisah klasik untuk masa depan bagi entry kali ini.

7) saya busy.saya misterius. tamat.

sedikit doa
"Puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya menjadi sempurna kebaikan."

Wednesday, March 18, 2009

Cergam. ep : Percayakah kau?

Bismillah



















dulu kecik-kecik, mak abah cakap ape pon percaya. yang tu boleh, yang ni tak boleh. yang tut lagi la takk boleh. 
sekarang besar-besar, mak-abah cakap ape pon tak percaya. maklumla, dah masuk u, dah dapat digri, dah pakai topi- kepandaian, dah kenal dunia, dah kenal industri.

Cheh!
baru pandai bayar bil sendiri dah belagak.
baru pandai nak buat loan sendiri sombong.
baru pandai pakai kasut sendiri dah tinggi diri.
baru pandai berjalan takpayah bertatih ade hati nak pakai kereta sendiri.
baru pandai mengurat dah lupa cakap abah dulu-dulu.
baru pandai beli makanan sendiri dah lupa masakan mak.
baru pandai sikat rambut sendiri dah lupa mintak nasihat mak abah.

Cheh! 

sedikit doa
"Tuhan, dengarlah rintihanku, moga Engkau kasihani Ibu Ayah ku di akhirat kelak. tak terbalas jasa mereka, tak terhitung budi diberi "

Tuesday, March 10, 2009

this life surely hard one meh!

bismillah




Pertama-tama, Selamat Memperingati Ulang tahun lahirnya nabi junjungan besar. nabi paling agung, nabi paling dimulia-muliakan, nabi paling di rindu-rindui, nabi tempat kita bermanja-mana(mintak syafaat di akhirat), nabi yang paling lembut jiwa, paling indah akhlak. baca post lepas tentang nabi besar.

Hidup ni memang payah-memetik tajuk lagu, Yasin-Hidup Memang Payah, dalam album Arus Qudus. soalnya, bagaimana hidup boleh jadi payah.susah.gundah.ape2lah yang dikau-dikau nak rujuk sebagai payah. 

Hidup kalau senang, niat saje dah cukup. :
1) "aku nak minum, eh, dah hilang dahaga"
2) "aku nak diskaun untuk beli baju, eh, dapat free"

melampau laa. kan?  makanya, berusaha. susah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian. Jangan hidup nafsi-nafsi. " aku, aku lah, engkau, engkaulah"

berat bahu yang memikul, ringan lagi mata yang memandang. tangan yang menerima lagi hina dari tangan yang memberi. "Jangan engkau mengaku beriman, selagi engkau tidak diuji"

end of story hidup memang payah.kalau mau teruskan jelaskan pandangan dikau-dikau pasal hidup ini, sila posting terus di blog dikau.tak perlu komen. ok? wahai dikau-dikau yang membaca! (nak komen pon bleh.)

gua kena tag. nak layan.waahaha. di tag oleh che-ni.com

Kenapa kamu berblog?
kerana saya suka berfikir. bila berfikir dan menulis. nampak macam bagus sket. "macammm bagus!"
Apakah method penulisan dalam blog kamu?
method? aduh.method? apee ni woii. method... ikut mood.
Antara rupa dan isi blog, yang mana lebih kamu utamakan?
rupa & isi blog
Adakah kamu meletak widget lagu di blog kamu? Kenapa kamu memilih lagu tersebut?
tidak. widget tidak membantu penulisan gua.
Antara banyak-banyak artikel di blog kamu, yang mana paling kamu suka dan kenapa?
artikel dulu tahun 2003, "dialog antara akal dan hati" oleh.lutfiabi.blogspot.com . suka karena best.tapi itu dulu. siap kena quote sama seorang penulis novel.wahahha. itu je la.minah ni pun quote jugak.baca disini 
Pernah terasa nak hapuskan blog kamu? Sebabnya?
hapuskan? delete lebih sesuai kot.
Apakah pendapat kamu mengenai blog kepada pemilik blog yang tag kamu ni?
che-ni.com: blog hang canggeh. cepatlaa siapkan layout oleh bantuan orang2 HM(hijrahmedia).wakakka.
Senaraikan 5 orang yang akan kamu tag.
1) hilmi khairi
2) Kid (khedir)
3) fazlina
4) najlaa
5) suemala

(senarai orang yang tak layan tag)

sekian harap maklum.

sedikit doa
" Tuhan, andai kesenanganku membawa kesusahan orang lain, kau ajarkan aku rasa cukup dgn apa yang ada, andai kegembiraanku hasil tangisan orang lain, ajarkan aku rasa rendah diri"

Friday, March 6, 2009

Aku rasa aku nak berpuitis

Bismillah
Bismillahi Majleha, Bismillahi Mursaha.

Aku rasa aku nak berpuitis.

TIADA

jika tiada mentari. mana bisa rembulan sinari malam sepi.
jika tiada engkau. mana bisa aku berdiri disini.

Mana mungkin engkau tiada. kerna engkau dekat dihati.
dan engkau tahu rahsia hati. dan engkau kenal empunya hati.

engkau lebih mengetahui.

sedikit doa
" moga Engkau kurniakan aku ilmu dan hikmah"

p/s cheni oi. gua takbleh upload lagu band. copywrite issue. hahahha