Sunday, September 26, 2010

jadi macam macam

bismillah

1. macam macam jadi. lepas raya teruk demam. belum masuk ofis kerna ofisnya belum siap. biasalah. nak berdagang kena ada kantornya. nanti orang ingat kita tak serius dengan perjuangan.
2. macam macam jadi. sepatutnya perusahaannya baik baik. tapi biasalah, berdagang. tak selalu ikut apa kita nak.
3. macam macam jadi. berjumpa dengan rakan rakan niaga, ada yang semangat melihat semangat kita, ada yang tidak pandang bila belum berjaya. ada yang kuatkan kita, ada yang jatuhkan kita. biasalah, orang kita, selagi kita belum berjaya, selagi itu pandangan kita tidak diterima.
4. macam macam jadi. nak berjuang, tapi belum tahu pemimpinnya siapa. nak memimpin, tapi ahliahnya belum siap siaga. biasalah, naluri lelaki, kalau tiada naluri pemimpin, bukanlah lelaki.
4. macam macam jadi. aku mahu berjaya, aku mahu berniaga, aku mahu memimpin, tapi belum jumpa kekuatan, sedangkan kekuatan itu tawakkal dan solat malam dan merintih rintih di sepertiga malam. biasalah, manusia kalau sudah melihat yang zahir.

ahh. macam macam

sedikit doa
"ingatkan aku tentang kematian, kerana kematian itu datang tiba-tiba"

Tuesday, September 7, 2010

Sempurna

bismillah





Tuhan,
dengarlah rayuanku
dengarlah dombaku
mana mungkin Engkau tidak mendengar
sedangkan sifatMu yang sempurna adalah Maha Mendengar

Tuhan,
Kau jadikan aku,
Kau ciptakan aku,
hanya untuk menyembahMu, mencintaiMu
sedangkan cintaku padaMu masih bermusim, sembahanku selalu berwaktu

Tuhan,
tiada aku tanpaMu,
hina aku kerana KemuliaanMu,
betapa bergantungnya aku kepadaMu sebagai Tuanku, Tuhanku
sedangkan aku masih bertuankan nafsu

Tuhan,
jagalah aku,
temankan aku,
siapa yang boleh menjagaku, kalau Engkau yang jaga segalanya
aku bimbang kalau Kau tinggalkan aku, musnahlah hidupku

Tuhan,
singkat benar hidup ini,
cepat benar masa berlalu,
aku masih berkejar-kejar dengan dunia,
sedangkan aku tahu yang dikejar itu mutlaknya redhaMu

Tuhan,
betapa bodoh aku,
betapa tuli aku,
aku persiakan jiwa ku kepada selainMu, mencintai selainMu
sedangkan aku faham benar CintaMu sentiasa berbalas, sentiasa berbaloi

Tuhan,
panggillah aku,
serulah aku,
andai ada redhaMu keatas diriku,
beruntunglah aku kerana hanya redhaMu yang paling mahal

Lemas dalam Rindu
Tenggelam dalam Tangisan