Monday, October 27, 2008

jom berkenalan

bismillah.

jom berkenalan dengan Muhammad (s.a.w).

nabi besar yang Allah cinta dan kasih.
nabi yang sangat-sangat besar jasa dalam hidup kita
kalaulah (kalau), nabi ada sifat mengalah, 
sudah pasti kita masih dengan berhala-berhala
sifat pemaaf nabi sangat halus
kalau (memang ada pun) orang baling najis, nabi hadiahkan dengan buah tangan
sangat-sangat kasih terhadap anak-anak kecil
sangat-sangat halus bicara terhadap musuh
sangat-sangat gemar kepada kecantikan
sangat-sangat cintakan keamanan
makhluk yang paling dicintai Tuhan
nabi yang di mikrajkan
nabi yang wajahnya sangat terang
nabi yang sangat tahan menerima ujian
kerana itulah dipanggil Habibullah
penghulu para rasul dan anbiya
penghulu seluruh orang yang bertaqwa
imam seluruh manusia

Sallallah Ala Muhammad, Sallallah Alaihi Wasallam

bayangkan kalau nabi mengalah!



sedikit doa
"Ya Allah Tuhanku, moga aku dapat berjumpa dengan kekasihMu, Muhammad yang Agung"

Wednesday, October 22, 2008

ambik kau!

bismillah



aku jiwangkan?

hehhehe

sedikit doa
"Jauhkan aku dari leka dengan perasaan yang sia-sia"


Friday, October 17, 2008

senyum bukan gembira, menangis bukan sedih

bismillah



jiwang pulak tajuk posting. aku rasa la kan. weblog aku ni memang terkenal ngan posting2 jiwang. takde bermaksud nak jadik jiwang. cume.time2 hati dilanda rasa-rasa tertentu, maka ilham utk berposting datang.

kelmarin.lepak dgn hilmi.brainstorming untuk projek. rasa-rasa ok kot. tapi entah.setelah double confirm..tetiba dapat berita tak boleh deploy. so.KIV lagi dan terus berfikir. dan banyak menghabiskan masa berym-ing dengan kawan sekolah jugak iaitu Fazlina.

aku rasa aku nak cerite pasal 'Rejection'. taste of rejection(s).(takde kena mengena dgn hidup aku.peringatan!)
pertama-tama, rejected n dump .berbeza.nanti bila2 akan dihurai.atai kawan2 bloggers mahu hurai? silakan wahai hilmi,che'ni,najlaa,tun,umniyah dan terbaru suemala.

aku rasa kan. rejection ni ringan sikit.daripada dump.atau kena dump. rejection kita takperlu ada rasa sesal, dendam(sifat ni tak bagus). rejection juga tak memerlukan penglibatan kawalan emosi 100% tapi mungkin dalam sekitar 20%.

dan yang paling bagus. rejection sangat mengajar kita untuk terus move on dan sentiasa ada usaha untuk add value to ourselves. ini bukan pasal rejection dalam cinta cintun. ini rejection secara general la. kalau korang nak fikir pasal rejection dalam cinta cintun, ikut suke koranglah.

aku rasa tak best cerite pasal ni.tapi sebab dah banyak tulis. save aje la kan?
chiau~

sedikit doa
"Tuhan, aku harap Engkau juga redha dan cinta denganku"

Wednesday, October 15, 2008

cerita pasal orang mukmin

bismillah

orang mukmin yang sejati
jika terbuat dosa
hatinya luka punah sedih dan derita

jiwanya marah
tak boleh melupakannya sepanjang masa
kalau ia anggota lahir
tentu nampak berdarah

kalau pun sembuh dari lukanya
namun parutnya masih ada

begitulah halus perasan
seorang hamba yang berdosa
ia tak boleh melupakannya
sepanjang masa
bagaimana ia boleh melupakannya
kerana parutnya masih ada

ertinya ingatan pada dosa
tak boleh dilupakannya
teringat sahaja, jiwanya tersiksa
teringat sahaja, hatinya derita
payah sekali dia mahu melupakannya

perasaan ini anugerah dan nikmat dari Tuhannya
takut dosanya itu buat syafaat padanya
tersiksa dengan dosa,derita dengan kesalahan
dianggap dari Allah itulah hukuman pada hambannya
moga di akhirat kelak terselamat
daripada siksa neraka

begitulah hati seorang mukmin
sentiasa sahaja ia bergelora
kerana takut dengan Tuhannya
lebih lagi setelah terbuat dosa

sedikit doa
" Wahai Tuhanku, campakkan rasa sentiasa resah dengan dosa, agar aku sentiasa berhati-hati, kerna mati itu datang bila-bila"

Wednesday, October 8, 2008

Kesedihanku

bismillah

Setakat inilah yang dapat ku sembahkan pada-Mu Tuhan
Sudah tentu terlalu banyak kekurangannya
Aku selalu sedih sebenarnya wahai Tuhan
Ku anugerahkan sesuatu kepada-Mu yang tidak sepadan
Tapi apakan daya setakat inilah yang ku mampu
Telah ku lakukan sedaya yang termampu

Hanya masih setakat ini sahaja
Kau tahu betapa sedihnya aku
Jiwaku merintih selalu
Jiwaku derita Engkau pun tahu
Mengenangkan ibadahku selalu kurang
Bagaimana pun kuharap terimalah

Walaupun serba kekurangan
Aku sangat malu dengan-Mu Tuhan
Nikmat yang Engakau kurniakan banyak
Namun ibadah ku sangatlah kurang

Tuhan maafkanlah aku dengan Rahmat-Mu
Ampunkanlah dosa-dosa ku
Jangan Engkau bertindak keatasku

sedikit doa'
"kalau aku sedih wahai Tuhan, hiburkan aku, kalau aku seronok, ingatkan aku"