Thursday, May 22, 2008

Final stage & darjat



bismillah

kenape seminggu dua ni banyak sangat orang sakit kat keliling aku? semalam fikri sms, mak dia kena cancer. final stage. dan yang paling teruk, serang 5 tempat , limpa,hati,usus,perut n kidney,doktor kate tak boleh buat ape dah..

Nauzubillah. moga Tuhan kuatkan famili mamat ni. fikri ni antara kawan yang karib dengan aku. tahu pasal aku in-out. time aku menyorok dulu (2 tahun lepas) dia laa orang yang carik aku balik supaya bertemu masyarakat.

balik pada kisah sakit-sakit ni, Kenapa Tuhan cipta sakit? bukankah zalim kalau dipikir pikirkan, menyusahkan manusia laa penyakit ni, tapi bukan begitu. sakit-sakit inilah yang akan membuatkan manusia hampir kepada Penciptanya. bukan begitu? Ujian datang atas beberapa sebab, menghapuskan dosa dan meninggikan darjat disisiNya :) indah bukan? jadi, berterima kasihlah kerna kamu semua masih ditimpa sakit-sakit, kerna sakit-sakit ini bukti bahwa Allah Subhanahuwataala mahu hapuskan dosa-dosa dan tinggikan darjat anda!

sedikit doa
"Ya Allah, Tuhanku yang Maha Mengetahui, Jagalah hatiku, moga aku sentiasa bersangka baik dengan kejadian Engkau, Moga aku terima dengan hati yang terbuka, sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pencipta dan Penyembuh, Terima Kasih Wahai Tuhanku"