Wednesday, June 25, 2008

Aku mahu Senyum


bismillah,
(inilah post yang paling sukar utk ditaip, paling makan masa utk disiapkan, paling banyak editing, paling banyak perasaan dalam satu post, paling banyak flashback dalam satu post, dan aku harap paling lega selepas published, dan paling susah nak fokus, sebab jantung sungguh laju)

Wahai Tuhanku, Engkau sahaja yang aku ada.bukan famili, bukan isteri, bukan sahabat.

Maafkan orang lain, boleh bawa kebahagiaan
maafkan orang lain boleh bawa kepada rasa-rasa damai
maafkan orang lain boleh bawa kepada senyuman
maafkan orang lain boleh bawa kepada silaturrahim
maafkan orang lain boleh bawa kepada iman
maafkan orang lain boleh bawa kepada syukur
maafkan orang lain boleh bawa kepada taqwa
maafkan orang lain boleh bawa rasa lega
maafkan orang lain boleh bawa rasa Betapa Besarnya Kemaafan Tuhan, tempat selayaknya disandarkan harapan dan rasa cinta.

sedikit doa / monolog
"Tuhan, Andai aku mati, biarlah aku sempat memaafkan orang lain, kerana Redha Engkau bergantung kepada redha mereka, aku harap Ya Allah, kita berdua Redha Meredhai, hingga bertemu. Engkaulah selayaknya untuk memberi redha, tanpa redhaMu wahai Tuhan, aku takkan kesyurgaMu yang indah itu.amin"