Saturday, June 14, 2008

Semua! mari berkahwin!

Bismillah,

Wahai Tuhan, Ya Allah, Engkau pemegang jodoh dan ketentuan. :)

Mohamad Fikri Yaakob, sahabat terapat aku.sudah mahu kawin, ekoran bunda nya yang pergi berjumpa Ilahi, maka ini sudah tentu keputusan besar untuk dirinya. bagus. Moga Allah mudahkan urusan dia. aku sedih gak.tapi nak buat cammane, lepaskan jelaa kawan aku ni,

Zainor Ridzuan, kawan semesti. amir sab aku, pon sudah dipermudahkan urusan, tapi maamat ni lain. syariatnya, kemas.... akhlak, indah.. tawaddu',tawajjuh, moqorrobin. Allah mudahkan urusan.

Hilmi Khairi? dia ni pon aku doakan sungguh2, supaya cepat dijodohkan, mamat ni sangat-sangat komited dengan businessnya. pasti dengan kehadiran wanita, lagi boost amal dan muamalatnya ( bayar laa, aku dah promote ko ni.)

Muhammad Lutfi Ali? tengah berusaha 'tight'kan amal-amalnya. mahu lengkapkan separuh lagi agamanya. ahaha.desperate? tidak. cuma sudah sampai waktu mungkin.


Membina rumah tangga, menjadi impian untuk mereka-meraka yang sudah berkemampuan, mahukan anak-anak yang taat setia, isteri yang menjaga rahsia-rahsia rumah tangga.Tapi, tanggungjawab sang suami lagi berat. Menjadi pemimpin, memastikan hati anak-anak dan isteri ( atau para isteri ) sentiasa terikat dan takut pada Allah (Tuhanku dan Tuhan kamu). sudah lah hati mesti dipastikan di tambat, akhlak dan syariat mestilah dijaga, taqwa warga rumahtangga terjaga, terbela.

untuk mereka yang mengejar kerjaya, kekayaan di kejar dalam rumah tangga, pastikan memudahkan famili dan isi famili untuk beragama dan bersyariat. jangan sebab harta, anak-anak terbiar, isteri (atau para isteri) terbuang.

ade cerita best nak cerita kat korang . pasal cerite mengandung-mengandung ni. ade sorang brother ni cerite.. best crazzeee.. ok.

sedikit doa ( kali ni mahu spesifik)

Ya Allah, engkau jadikan lah rumah tangga kami (mohammad fikri yaakob, zainor ridzuan, hilmi khairi dan lutfi ) syurga sebelum syurga, tempat untuk kerehatan, tempat untuk bersenang-senang, tempat untuk mendamaikan jiwa, anak-anak dan isteri pengikut kata, jadikan mereka pengingat diwaktu kami lupa. moga keluarga kami dapat membela agamaMu wahai Tuhan, jadikanlah rumahku kilang-kilang rahmat dan taqwa.tempat kami mendapat kekuatan jiwa. Amin.