Monday, June 14, 2010

syukur atas syukur, taubat atas taubat

bismillah

Engkau duduk dibumi Tuhan
Engkau berjalan diatasnya
kemana mana tetapi engkau derhaka padanya

Engkau makan rezeki milik Tuhan
Engkau miliki apa saja
malang sekali engkau tidak pedulikanNya
Engkau terima nikmatNya

Tidak pernah Tuhan meminta bayaran
takut engkau tidak bersyukur padaNya

sedangkan manusia berbudi dengan kita
kita tidak patut tidak mengenang budi
tidak mengenang jasa manusia pada kita
jiwa sesiapaun tak boleh menerimanya

inikan pula Tuhan yang mencipta
menghidupkan dan memberi segalanya
tiba tiba kita tidak besarkanNya

ertinya kita adalah manusia yang tidak berhati perut
yang tidak sedarkan diri dan membesarkan diri

bahkan manusia yang membesarkan diri
dan sombong terhadap Khaliqnya
itulah diri engkau tidak mungkin menongkat langit

disatu hari nanti
engkaukan menemui Tuhan pencipta engkau
disanalah nanti engkau akan menyesal tidak berkesudahan

sedikit doa
"Tuhan, tambahkan rasa syukur dikala aku kesempitan, moga syukurku adalah tanda syukur di atas syukur, kerna syukur adalah nikmat hati, dan belai dan siramlah hati-hati kami dengan rasa syukur. seterusnya Engkau campakkan rasa ingin bertaubat, rasa ingin selalu bertaubat, kerna taubat itu adalah taubat di atas taubat-taubatku, kerana taubat itu juga nikmat dan anugerah hati dariMu wahai Tuhan, ingatkan aku bahawa taubatku itu adalah palsu, agar aku bertaubat diatas taubatku itu."