Tuesday, January 20, 2009

kami berdoa, kamu berdarah



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabiMuhamad RasululLah.


bismillah.

Palestine.bumi yang dipetakan dalam jadual-jadual akhir zaman. "Yahudi-yahudi akan dikumpulkan setempat".
Andai inilah taqdir Allah subhanahuwataala untuk kamu semua wahai saudara-saudaraku, maka bergembiralah, kerana syahidnya kamu semua untuk membenarkan dan memberi laluan kepada kemenangan Islam dan Agama Tuhan! 
Dan berbanggalah, kerana nama-namamu wahai saudaraku, tertulis dalam sejarah, sebagai pelengkap jadual bahawa Islam akan kembali merajai alam.
Dan berbahagialah wahai saudaraku, kerana kamu sudah layak bersama-sama dengan orang-orang paling rapat dengan Tuhan mereka

Dan kami akan terus berdoa.
Kerana kami hanya mampu berdoa.

Syahidnya kamu saudaraku kerana Allah punya hadiah yang lebih manis buat kamu