Friday, December 25, 2009

Apa yang Iran ajar pada kita?

bismillah

bismillah majleha wa mursaha

posting ini bukan pro-syiah, bukan pro tajdid segar, bukan pro ulamak-ulamak tua, bukan pro islam liberal, bukan pro islam hadhari, bukan juga pro hadharah islamiyah, bukan pro-sufism, bukan pro-tabligh, bukan pro-ikhwanul muslimin, tapi sekadar my 2 cents about Iran itself.

Iran sebuah negara yang budayanya sudah lama. tanah dimana banyak sejarah ditulis. tanah yang bertuah kerana banyak pemimpin, ilmuan, pemikir, budayawan bergelanggang. tapi. apa yang paling penting?

ni tak silap aku la. sebab aku ni buta syiah, dan aku melihat syiah dari kacamata ahlus sunnah. orang2 pro syiah yang aku selalu debat2 ni, selalu cakap bahwa bicara tauhid atau iman atau faith atau sistem kepercayaan dalam syiah, adalah tidak sah, selagi tidak tahu dan kenal Tuhan /Allah.

aku tanye. sebab ape? bukan ke kita kena percaya je? Allah itu sifatnya demikian-demikian, yang mustahilNya demikian-demikian.?

" haaa, tu laa sebab ummat kita lembab sekarang ni, takda inisiatif untuk bersoal-soal dan berdebat, kekuatan untuk mengetahui dan lebih tahu tidak ada"

so.. dalam proses pengesahan / verifying iman dalam gelanggang syiah adalah, perlu mencari / kenal/ tanya/berdebat/ambil tahu/ siapa Allah, siapa Tuhan.

ok..ok.. gua faham dah. tapi ape pengajaran?

"lu tau tak, ilmuwan-ilmuwan islam/muslim/mukmin yang cipta itu-ini adalah aliran apa?"

aliran??

"syiah, kalau lu kaji balik ilmuwan-ilmuwan tu, siapa guru, guru kepada guru, dan apa aliran mereka, dan kenapa ilmu dizaman mereka berkembang? sebab ada semangat ingin tahu yang kuat dan mereka tidak taqlid buta"

oohh. bagus. baru aku faham kenapa iran sebuah negara yang lantang/advace/maju/indipenden/mandiri sekarang. kot? ke aku tak faham?

aku bukan nak cakap syiah tu ape ke ini ke. bukan soal menghukum. tapi sekarang apa yang iran ajar pada kita? iran ke syiah? hahahahha.


-perbualan ni berlaku sekitar 6-7-8 bulan lepas dan content telah di edit. harap maklum. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada orang-orang yang bertauliah dan terkenal dengan ilmunya. sila jangan guna posting ini untuk menyokong penghujahan anda.

sedikit doa
" Tuhan, kuatkan hati dan jiwa ku"