Tuesday, January 20, 2009

kami berdoa, kamu berdarah



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabiMuhamad RasululLah.


bismillah.

Palestine.bumi yang dipetakan dalam jadual-jadual akhir zaman. "Yahudi-yahudi akan dikumpulkan setempat".
Andai inilah taqdir Allah subhanahuwataala untuk kamu semua wahai saudara-saudaraku, maka bergembiralah, kerana syahidnya kamu semua untuk membenarkan dan memberi laluan kepada kemenangan Islam dan Agama Tuhan! 
Dan berbanggalah, kerana nama-namamu wahai saudaraku, tertulis dalam sejarah, sebagai pelengkap jadual bahawa Islam akan kembali merajai alam.
Dan berbahagialah wahai saudaraku, kerana kamu sudah layak bersama-sama dengan orang-orang paling rapat dengan Tuhan mereka

Dan kami akan terus berdoa.
Kerana kami hanya mampu berdoa.

Syahidnya kamu saudaraku kerana Allah punya hadiah yang lebih manis buat kamu




Wednesday, January 14, 2009

P036 Kuala Terengganu, Ofis Baru, Berkampung di Newsroom Harakah dan sebagainya

Bismillah.

Gua rasa nak cerite pasal diri sendiri. poyo sket.nampak cam self obses
Ofis Baru
3 hari mengecat.
part workstation > chilli red and maroon
part training room > blue sky and dark blue
terus demam. tapi tak demam2.asik bersin.so.anggaplah gua demam.
gua nak interview 3-4 orang budak. sorang tu fresh grad UIA, huh~ fresh grad wa cakap lu, tapi demand gaji 2300RM. hahha. layankan aje laa.


Kuala Terengganu
Ic gua 83****-11-5183. lu orang nampak tak '11' tu? itu kuala terengganu born. gua lahir kuala terengganu, time tu eja hospital kuala terengganu tu still "Kuala Trengganu", dalam surat beranak camtu la tulis. tapi time sekolah rendah gua tulis tempat lahir kuala trengganu, cikgu marah.
"apsal plak? kan kate nama khas tu. mesti laa ikut" gaya samseng gua kat cikgu tu. gua takde kene mengena ngn PRK P036 Kuala Terengganu. sekian.

Harakahdaily
Minggu dopan, gua kena berkampung dengan reporters Harakah, minggu lepas meeting dgn Lutfi Othman ( ketua pengarang Harakah) lawak2.. ade 2 lutfi, so..orang2 yang selalu call2 pasal harakah selalu tetukar number dgn gua, haha.angin laa cik Lutfi tu, tapi dulu2 derang panggil gua Lutfi keciik.cehh.kepada Special Branch (SB) yang bace blog gua ni, maaflah ye, heheh, takmau marah2..alalala..kuci kuci.. :) maaf cikgu.

dan sebagainya

gua rasa untuk tahun 2009 ni,malas nak melayan resolusi2.. nak berenti merokok la, ape laa.macam tak realistik je. so.ape2 je lah. kalau Tuhanku nak bagi, Dia bagi jugak. bukankah Tuhan itu Maha adil lagi maha Mengetahui, mana mungkin Tuhan bersikap kejam terhadap hambaNya. terima kasih Tuhan atas nikmatMu. tak mungkin terbalas. tak mungkin..tak mungkin.

palestin, 3-4 minggu ni, sume orang layan isu palestin. ohh ye.. sila tunjukkan semangat anti zionis anda dengan men-copy-paste kan code disiniye,. ada banner pack untuk bloggers.klik sini.. ehh bukan.. sini... ehh.. sini. ahahah. internet ragging.

tetibe gua tengok blog cheni. post yang suruh gua layan tag dah delete.so gua tak ingat ape soalan2 tu.so terus gua tak jadik nak layan tag.hahha.sapa suruh hang padam che ni oiiii..
itu sahaja update utk 2-3 minggu ni. ohh yeah.abg gua, Luqman, sudah dapat baby perempuan awal january, namanye Diang Nur Arissa binti Muhammad Luqman. yeah.gua uncle sekarang..!!

Sedikit doa
"Tuhan, andai ini takdir Engkau untuk Palestin, maka kami terima, tapi kami mengharap agar Engkau campakkan rasa kuat didalam jiwa-jiwa kami, dan campakkan rasa gerun di hati musuh-musuh kami, Engkaulah Tuhan, pemegang kunci hati, Amin ya Robb"