Tuesday, January 20, 2009

kami berdoa, kamu berdarah



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabiMuhamad RasululLah.


bismillah.

Palestine.bumi yang dipetakan dalam jadual-jadual akhir zaman. "Yahudi-yahudi akan dikumpulkan setempat".
Andai inilah taqdir Allah subhanahuwataala untuk kamu semua wahai saudara-saudaraku, maka bergembiralah, kerana syahidnya kamu semua untuk membenarkan dan memberi laluan kepada kemenangan Islam dan Agama Tuhan! 
Dan berbanggalah, kerana nama-namamu wahai saudaraku, tertulis dalam sejarah, sebagai pelengkap jadual bahawa Islam akan kembali merajai alam.
Dan berbahagialah wahai saudaraku, kerana kamu sudah layak bersama-sama dengan orang-orang paling rapat dengan Tuhan mereka

Dan kami akan terus berdoa.
Kerana kami hanya mampu berdoa.

Syahidnya kamu saudaraku kerana Allah punya hadiah yang lebih manis buat kamu




Wednesday, January 14, 2009

P036 Kuala Terengganu, Ofis Baru, Berkampung di Newsroom Harakah dan sebagainya

Bismillah.

Gua rasa nak cerite pasal diri sendiri. poyo sket.nampak cam self obses
Ofis Baru
3 hari mengecat.
part workstation > chilli red and maroon
part training room > blue sky and dark blue
terus demam. tapi tak demam2.asik bersin.so.anggaplah gua demam.
gua nak interview 3-4 orang budak. sorang tu fresh grad UIA, huh~ fresh grad wa cakap lu, tapi demand gaji 2300RM. hahha. layankan aje laa.


Kuala Terengganu
Ic gua 83****-11-5183. lu orang nampak tak '11' tu? itu kuala terengganu born. gua lahir kuala terengganu, time tu eja hospital kuala terengganu tu still "Kuala Trengganu", dalam surat beranak camtu la tulis. tapi time sekolah rendah gua tulis tempat lahir kuala trengganu, cikgu marah.
"apsal plak? kan kate nama khas tu. mesti laa ikut" gaya samseng gua kat cikgu tu. gua takde kene mengena ngn PRK P036 Kuala Terengganu. sekian.

Harakahdaily
Minggu dopan, gua kena berkampung dengan reporters Harakah, minggu lepas meeting dgn Lutfi Othman ( ketua pengarang Harakah) lawak2.. ade 2 lutfi, so..orang2 yang selalu call2 pasal harakah selalu tetukar number dgn gua, haha.angin laa cik Lutfi tu, tapi dulu2 derang panggil gua Lutfi keciik.cehh.kepada Special Branch (SB) yang bace blog gua ni, maaflah ye, heheh, takmau marah2..alalala..kuci kuci.. :) maaf cikgu.

dan sebagainya

gua rasa untuk tahun 2009 ni,malas nak melayan resolusi2.. nak berenti merokok la, ape laa.macam tak realistik je. so.ape2 je lah. kalau Tuhanku nak bagi, Dia bagi jugak. bukankah Tuhan itu Maha adil lagi maha Mengetahui, mana mungkin Tuhan bersikap kejam terhadap hambaNya. terima kasih Tuhan atas nikmatMu. tak mungkin terbalas. tak mungkin..tak mungkin.

palestin, 3-4 minggu ni, sume orang layan isu palestin. ohh ye.. sila tunjukkan semangat anti zionis anda dengan men-copy-paste kan code disiniye,. ada banner pack untuk bloggers.klik sini.. ehh bukan.. sini... ehh.. sini. ahahah. internet ragging.

tetibe gua tengok blog cheni. post yang suruh gua layan tag dah delete.so gua tak ingat ape soalan2 tu.so terus gua tak jadik nak layan tag.hahha.sapa suruh hang padam che ni oiiii..
itu sahaja update utk 2-3 minggu ni. ohh yeah.abg gua, Luqman, sudah dapat baby perempuan awal january, namanye Diang Nur Arissa binti Muhammad Luqman. yeah.gua uncle sekarang..!!

Sedikit doa
"Tuhan, andai ini takdir Engkau untuk Palestin, maka kami terima, tapi kami mengharap agar Engkau campakkan rasa kuat didalam jiwa-jiwa kami, dan campakkan rasa gerun di hati musuh-musuh kami, Engkaulah Tuhan, pemegang kunci hati, Amin ya Robb"

Wednesday, December 24, 2008

Kalau Semua bertaqwa

bismillah

Kalau semua golongan
beriman dan bertaqwa
tenaga mereka semua
dapat dimanfaatkan

Kalaulah ia pemimpin
dia dapat menegakkan
keadilan untuk semua golongan

kalau dia orang kaya
dengan harta mereka
mereka itu berkorban

kalau mereka ulama
menjadi suri tauladan
untuk menjadi ikutan setiap golongan

kalau mereka pemuda pemudi
siap siaga berkorban demi negarabangsa dan insan

kalau mereka itu golongan budayawan dan karyawan
mereka akan merpersembahkan suatu yang sihat tak membahayakan

yang penting semua golongan itu bertaqwa
takutkan Tuhan
semua golongan dapat dimanfaatkan oleh semua


kredit untuk:
Hasnul Jamal (voice of the decade,masyoAllah), Abu Hunais & Ahmad Taufik (great artwork!subhanollah), Qudamah, Ummu Ain and so on.

sedikit doa
" Tuhan...campakkan rasa takut kepadaMu...moga kami adalah golongan pemuda pemudi yang membela agamaMu"

Friday, December 5, 2008

jam 4 pagi

bismillah



baru balik dr puchong. musik2.
penat.mendownload kaspersky 2009.
bukak windows media player.
explore external hardisk.
pasang playlist nasidaria.
ttibe teringin nak dengar siti khadijah-inteam.

lagu faveret alltime. poyyooo lahh aku.

sekian.

sedikit doa
" Tuhan.. Engkau Maha Mendengar.. Jadikan aku lelaki berjiwa besar"

Monday, November 24, 2008

1000 markah untuk lutfi

bismillah

1000 markah utk lutfi ( self reward system-untuk boost self esteem )
sebab ape?

1. saya sudah berjaya deploy civicrm-standalone.cume belom berjaya bagemana untuk enable login gune common email host.yang ade cume openID.
2. saya juga berjaya menyetup hosting.(nama hosting tak boleh bgtau)
3. saya berjaya habiskan hampir 120 jam seminggu di ofis (1 week = 168 hours-google :week in hours)
4. saya berjaya marathon friends di starworld ahad hari tu.
5. saya berjaya habiskan layout h****ah***ly.n** . tunggu mase untuk prizen depan encik ahmad lutfi othman
6. saya juga tidak ketinggalan berjaya membantu para-para blogger seperti tetuan che-ni.com
7. saya juga berjaya mengekspose beberapa sumber utk kegunaan encik mazidul akmar sidek,untuk paparan beliau rabu ini.

sekian.harap maklum.
majulah blog untuk semua.

wabillah hidayah wattaufeeq
wassalamu.

doa macam biasa
"Ya Allah, mudahkan urusan.."

Monday, October 27, 2008

jom berkenalan

bismillah.

jom berkenalan dengan Muhammad (s.a.w).

nabi besar yang Allah cinta dan kasih.
nabi yang sangat-sangat besar jasa dalam hidup kita
kalaulah (kalau), nabi ada sifat mengalah, 
sudah pasti kita masih dengan berhala-berhala
sifat pemaaf nabi sangat halus
kalau (memang ada pun) orang baling najis, nabi hadiahkan dengan buah tangan
sangat-sangat kasih terhadap anak-anak kecil
sangat-sangat halus bicara terhadap musuh
sangat-sangat gemar kepada kecantikan
sangat-sangat cintakan keamanan
makhluk yang paling dicintai Tuhan
nabi yang di mikrajkan
nabi yang wajahnya sangat terang
nabi yang sangat tahan menerima ujian
kerana itulah dipanggil Habibullah
penghulu para rasul dan anbiya
penghulu seluruh orang yang bertaqwa
imam seluruh manusia

Sallallah Ala Muhammad, Sallallah Alaihi Wasallam

bayangkan kalau nabi mengalah!



sedikit doa
"Ya Allah Tuhanku, moga aku dapat berjumpa dengan kekasihMu, Muhammad yang Agung"

Wednesday, October 22, 2008

ambik kau!

bismillah



aku jiwangkan?

hehhehe

sedikit doa
"Jauhkan aku dari leka dengan perasaan yang sia-sia"