Tuesday, February 24, 2009

Aku masih seorang rockstar

bismillah

Tag by Che-ni.com

1. Open your library (iTunes, Winamp, Media Player, iPod, etc)
2. Put it on shuffle
3. Press play
4. For every question, type the song that’s playing
5. When you go to a new question, press the next button
6. Once completed, tag 5 other people (including me!)

DON’T CHEAT!

Opening Credits:
Sendiri-Saujana ( ok. smua orang tau dah.. roksta mcm aku dengar nasyid )

Waking Up:
menotrome set 1- Lokpi ( bukan lagu, tapi tempo aku pakai kat earpiece time main drum, untuk tempo. beat 24)

First Day At School:
The Pilgrimage Of Life - mestica ( first time aku dgr lagu ni. takpenah tau ade lagu ni )

Puppy Love:
Haruka Kanata - Asian Kung Fu Generation ( puppy love? A.I.N.? - apa itu neraka?)

Fight Song:
Cinta Kudus - Brothers ( kamond laaa playlist.. takkan semua nasyidd kotttttttt )

Breaking Up:
Permataku- Mirwana ( ok fine!)

Prom:
Hate ( I really Dont like you ) - Plain White T's ( yes.. aku roksta!!! )

Life is Good:
Pagi Yang Gelap - Hujan ( A.I.N? )

Driving:
Mimpi yang sempurna - Peterpan ( kamonddlaaaaaaa playlist.kau memalukan aku)

Flashback:
Satu Rindu - Opick ( memang betul2 flashback..wakakaka. 3 tahun lepas )

True Love:
Setanggi Syurga - Inteam ( aku seorang rockstarrrr. masih rockstar )

Wedding:
I'm not okay - My chemical romance ( seee...... rockstarrrrrrrr wedding! wuuhuuuu. gruahhh<-- rock growl )

Moment of Triumph:
Cuai- Butterfingers ( triump -cuai? kamonddddd )

Death Scene:
Somewhere Only we know - Keane ( death scene. keane? kematian seorang gay kot. )

Funeral Song:
BIla Aku sudah Tiada - Hujan (cool.. tapi aku nak derang bace fatihah.lagi byk pahala.)

End Credits:
My Everything - Jari-lyric by lokpi ( serius.. lagu band sendiri..jadi lagu ending.. cool.. cool..cool..double cool..im hot )

Note : Playlist ni tak update dah setahun. maaflah ye.

saya mau tag beliau :

1) hilmi khairi
2) Kid (khedir)
3) fazlina
4) najlaa
5) che ni ( kena tag balik ke?)

firsttime layan tag-tag ni. macam cool je.. wakaka.ape2lah.

Monday, February 16, 2009

domino effect

bismillah





got it? tak faham.tak faham sudah.hahhaha

chow.

Sunday, February 8, 2009

Terima kasih mak!



bismillah.
4 tahun lepas 7 feb 2004. haa.2004 la kot.takpon 2005.. birthday gua.time tu masih blajar di labuan. haritu birthday gua.jumaat tak silap. Uztaz yagn tak penat2 menyuruh aku step up jadik imam tu.. tau birthday aku. so dia tanye... ape buat birthday2 ni?
aku jawab takde ape la..
hantar la sms kat mak..cakap " terima kasih mak, sebab lahirkan Pi 22 /23 tahun dulu,, terima kasih sebab jaga selama 22/23 tahun, terima kasih kerana bersusah-susah, menangis-nangis, kerana nak besarkan anak mak ni"
aku macam tersentak. first time dengar camni. selalunye, kite fikir harijadi tu.hari jadi la. orang yang dilahirkan di raikan. tapi ini sudah reverse-engineering ( hek eleh, engineer laaa plakk).. maknanya.. ucap terima kasih kat oarng2 yang besarkan kita . best tak?

best!

Terima Kasih mak, abah! Tuhan tempatkan mak, abah kat syurga. jumpa kat syurga ok?amin..

"Selamat hari lahir ke-26, tua dh.kawin cepat." sms mak aku kat anak dia.

sorry laa mak. kawin cepat tu xdapek nak di ejas. hahahah. ampunnnn tuannku beribu ampunn..
dah dapat cucu sorang.. jage tu dulu..wakakkaa. mak aku ni lucuu laaa.

sedikit doa
"Tuhan, kasihanilah ibu bapa ku sepertimana mereka mengasihaniku diwaktu kecilku"

Tuesday, January 20, 2009

kami berdoa, kamu berdarah



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabiMuhamad RasululLah.


bismillah.

Palestine.bumi yang dipetakan dalam jadual-jadual akhir zaman. "Yahudi-yahudi akan dikumpulkan setempat".
Andai inilah taqdir Allah subhanahuwataala untuk kamu semua wahai saudara-saudaraku, maka bergembiralah, kerana syahidnya kamu semua untuk membenarkan dan memberi laluan kepada kemenangan Islam dan Agama Tuhan! 
Dan berbanggalah, kerana nama-namamu wahai saudaraku, tertulis dalam sejarah, sebagai pelengkap jadual bahawa Islam akan kembali merajai alam.
Dan berbahagialah wahai saudaraku, kerana kamu sudah layak bersama-sama dengan orang-orang paling rapat dengan Tuhan mereka

Dan kami akan terus berdoa.
Kerana kami hanya mampu berdoa.

Syahidnya kamu saudaraku kerana Allah punya hadiah yang lebih manis buat kamu




Wednesday, January 14, 2009

P036 Kuala Terengganu, Ofis Baru, Berkampung di Newsroom Harakah dan sebagainya

Bismillah.

Gua rasa nak cerite pasal diri sendiri. poyo sket.nampak cam self obses
Ofis Baru
3 hari mengecat.
part workstation > chilli red and maroon
part training room > blue sky and dark blue
terus demam. tapi tak demam2.asik bersin.so.anggaplah gua demam.
gua nak interview 3-4 orang budak. sorang tu fresh grad UIA, huh~ fresh grad wa cakap lu, tapi demand gaji 2300RM. hahha. layankan aje laa.


Kuala Terengganu
Ic gua 83****-11-5183. lu orang nampak tak '11' tu? itu kuala terengganu born. gua lahir kuala terengganu, time tu eja hospital kuala terengganu tu still "Kuala Trengganu", dalam surat beranak camtu la tulis. tapi time sekolah rendah gua tulis tempat lahir kuala trengganu, cikgu marah.
"apsal plak? kan kate nama khas tu. mesti laa ikut" gaya samseng gua kat cikgu tu. gua takde kene mengena ngn PRK P036 Kuala Terengganu. sekian.

Harakahdaily
Minggu dopan, gua kena berkampung dengan reporters Harakah, minggu lepas meeting dgn Lutfi Othman ( ketua pengarang Harakah) lawak2.. ade 2 lutfi, so..orang2 yang selalu call2 pasal harakah selalu tetukar number dgn gua, haha.angin laa cik Lutfi tu, tapi dulu2 derang panggil gua Lutfi keciik.cehh.kepada Special Branch (SB) yang bace blog gua ni, maaflah ye, heheh, takmau marah2..alalala..kuci kuci.. :) maaf cikgu.

dan sebagainya

gua rasa untuk tahun 2009 ni,malas nak melayan resolusi2.. nak berenti merokok la, ape laa.macam tak realistik je. so.ape2 je lah. kalau Tuhanku nak bagi, Dia bagi jugak. bukankah Tuhan itu Maha adil lagi maha Mengetahui, mana mungkin Tuhan bersikap kejam terhadap hambaNya. terima kasih Tuhan atas nikmatMu. tak mungkin terbalas. tak mungkin..tak mungkin.

palestin, 3-4 minggu ni, sume orang layan isu palestin. ohh ye.. sila tunjukkan semangat anti zionis anda dengan men-copy-paste kan code disiniye,. ada banner pack untuk bloggers.klik sini.. ehh bukan.. sini... ehh.. sini. ahahah. internet ragging.

tetibe gua tengok blog cheni. post yang suruh gua layan tag dah delete.so gua tak ingat ape soalan2 tu.so terus gua tak jadik nak layan tag.hahha.sapa suruh hang padam che ni oiiii..
itu sahaja update utk 2-3 minggu ni. ohh yeah.abg gua, Luqman, sudah dapat baby perempuan awal january, namanye Diang Nur Arissa binti Muhammad Luqman. yeah.gua uncle sekarang..!!

Sedikit doa
"Tuhan, andai ini takdir Engkau untuk Palestin, maka kami terima, tapi kami mengharap agar Engkau campakkan rasa kuat didalam jiwa-jiwa kami, dan campakkan rasa gerun di hati musuh-musuh kami, Engkaulah Tuhan, pemegang kunci hati, Amin ya Robb"

Wednesday, December 24, 2008

Kalau Semua bertaqwa

bismillah

Kalau semua golongan
beriman dan bertaqwa
tenaga mereka semua
dapat dimanfaatkan

Kalaulah ia pemimpin
dia dapat menegakkan
keadilan untuk semua golongan

kalau dia orang kaya
dengan harta mereka
mereka itu berkorban

kalau mereka ulama
menjadi suri tauladan
untuk menjadi ikutan setiap golongan

kalau mereka pemuda pemudi
siap siaga berkorban demi negarabangsa dan insan

kalau mereka itu golongan budayawan dan karyawan
mereka akan merpersembahkan suatu yang sihat tak membahayakan

yang penting semua golongan itu bertaqwa
takutkan Tuhan
semua golongan dapat dimanfaatkan oleh semua


kredit untuk:
Hasnul Jamal (voice of the decade,masyoAllah), Abu Hunais & Ahmad Taufik (great artwork!subhanollah), Qudamah, Ummu Ain and so on.

sedikit doa
" Tuhan...campakkan rasa takut kepadaMu...moga kami adalah golongan pemuda pemudi yang membela agamaMu"

Friday, December 5, 2008

jam 4 pagi

bismillah



baru balik dr puchong. musik2.
penat.mendownload kaspersky 2009.
bukak windows media player.
explore external hardisk.
pasang playlist nasidaria.
ttibe teringin nak dengar siti khadijah-inteam.

lagu faveret alltime. poyyooo lahh aku.

sekian.

sedikit doa
" Tuhan.. Engkau Maha Mendengar.. Jadikan aku lelaki berjiwa besar"