Tuesday, August 25, 2009

KPSDBWB

bismillah

Karipap Pusing Sangat Sedap Bila Waktu Berbuka

jam 1.00 tghari - masuk ofis
jam 3.00 ptg - ym sama budak TPM, ex ofismet
jam 3.01 ptg - bercerite pasal bazar ramadhan kat TTDI, siotttttttttttttttt
jam 3.15 ptg - Aku tetapkan Misi dan Visi untuk hari ini.

Aku Mau Cari Karipap Pusing,

kombo berbuka hari ini dijangka : karipap pusing, air sirap, rokok-rokok, mungkin ayam percik, mungkin sup tulang.


Thursday, August 20, 2009

ahlan al mubarraq

bismillah

selamat datang bulan mulia, selamat pergi bulan peperangan,
selamat datang malam-malam penuh cinta, selamat pergi malam-malam penuh dosa,
selamat datang tangisan dan doa, selamat pergi tawa juga gembira,
selamat datang hati yang khusyuk, selamat pergi hati yang busuk,
selamat datang jiwa yang tenang, selamat pergi jiwa kucar kacir,
selamat datang ukkhuwwah, selamat pergi krahiya,
selamat datang jubah dan selimut taqwa, selamat pergi pakaian-pakaian zina,
selamat datang tafakur di pembaringan, selamat pergi bait-bait noda,
selamat datang hujan mahmudah, selamat pergi keringat mazmumah,
selamat datang Rahsia Allah, selamat pergi kesesatan yang nyata,
selamat datang malam seribu bulan, selamat pergi malam-malam tanpa iman,
selamat datang halwa dari syurga, selamat pergi melodi neraka,
selamat datang hidayah, selamat pergi batil,
selamat datang seluruh kebaikan, selamat pergi kesemua kejahatan.

Selamat berpisah dengan syaitan,
Selamat berdampingan dengan Tuhan,

sedikit doa
" Tuhan, andai ini Ramadhan terakhir bagi, ku harap ia kan membela ku, di akhirat nanti"

Thursday, August 13, 2009

Asri Ibrahim, dari Nadamurni ke Rabbani kembali ke Rabbuna

bismillah

Asri Ibrahim , Asri Rabbani, Ustaz Asri, rohnya diangkat mengadap Tuhan pagi tadi. beberapa ketika sebelum el-mubarak.

Moga Allah, tempatkan beliau dengan para-para syuhada' dan anbiya' di syurga kelak. jasa arwah sangat besar.munsyid legend tanahair ( boleh laa cakap sampai indonesia, filipina, thailand ) lagu-lagunya, lirik-liriknya sangat besar makna kepada jiwa.

1969-2009. berpuluh tahun bergelanggang / berdakwah dengan Nama Tuhan dan Agama.

masih ingat melawat beliau di studio, sekitar 90'an.

gugur engkau dengan senyuman, sempat meminta Al-Quran.

Al-fatihah.

pergi engkau penuh gelita. Abg Asri, :)

sedikit doa
" Tuhan, sambutlah jiwa hambaMu dengan Rahmat dan Rahim Mu, Engkaulah Tuhan tempat kami kembali, dan Mati itu benar"

Friday, July 31, 2009

kerana aku seorang muzishien

bismillah

















baru lepas install Vitometronome dalam phone gua. esok mau jamming. new lineup. bassist sudah tukar. sebab itu bassist sudah ade band sendiri. dan beberapa lagu2 gua,sudah kena cilok.awwwwww.

ini metronome, fungsinye.utk guide drummer, tempo keeper. kalau perasan, gig, event, show, ape2 pon, drummer ada pakai satu earpiece, itu la, dalam itu earpiece, dia dengar metronome, ok.

chow. selamat bermusik dan berkarya.

salam hari jumaat.

sedikit doa
" Tuhan, jagalah hatiku selalu"

Wednesday, July 15, 2009

Fans Beautiful Life ; Gua mintak maaf!

Bismillah

Shuji yang seorang hairstyler. sangat2 cold, sangat2 tidak berperasaan(tidak menunjukkan emosi), telah jatuh chenta sama kyoko, sorang pustakawan / lebrian, sangat2 cute, sangat2 adorable. mereka perasan bercinta pabilaa mereka perasan bahwa mereka start untuk cemburu-cemburu. tapi kyoko ini manusia yang ada sakit. lantasssss.. di akhir episode, mati. lalu shuji teruskan hidup dengan impian kyoko, iaitu hidup di beach house. dengan tanglung( aku tak tau pejadah namaa tah) kat pintu rumah, dengan anjingnya, dengan set kerusi untuk salon itu.
Tamat.

mudah.simple.touching.tapi banyak gile episode derang bikin.drama/jdorama yang penetrated malaysian drama industry. blahblahblahblah

gua punye cakap-cakap
1)Pertama-tama, hidup ni takde laa dramatik sangat macammana Shuji & Kyoko tu bercinta. mebbe.. dalam seratus orang bercinta ( berkasih-kasih ),ade la 2-3 orang cam depa ni. yang lain semuanya plain-typical malay punye bercinta., awakk... saye..sayangg.. kitee..orang...sayang..b..baby..hubby..abi..ummi.. apa ssemuaa tu laa.
2)derang berdua ni byk masalah komunikasi, nampak mcm bercakap , tapi tak bercakap. nampak macam sehala, tapi lain arah,
3)tapi overall, sweet laa. sorang tu cool n cold. sorang tu sweet n tergedik2.

tu je kot. gua tension.stress.gua rasa umur gua 35 gua botak kot.

sedikit doa
"Tuhan, Engkau Maha Tahu, permudahkan urusan"


Sunday, June 28, 2009

tulis tulis, jari kematu

bismillah.

baru lepas siap satu lagu. Perempuan Terhebat. Tribute untuk ibu-ibu, bunda-bunda, mak-mak, mama-mama, umi-umi, etc.

"pujukmu hilang tangisan
senyummu bawa harapan
bisikmu sembuh kesakitan
belaimu sangat menenangkan"

sekian
harap maklum.

sedikit doa
" Tuhan, anugerah rahmat dan kasihmu kepada ibu"

Sunday, June 21, 2009

hadir engkau penuh warna, pergi engkau penuh hiba

Bismillah,



gua dari kecik ade geng2 nakal2... sejak sekolah rendah.lepas tu gua berpisah jap.masuk skolah sains. lepas tu gua pegi sabah, lepas tu gua touch down kl balik.tapi geng2 ni best. kawan-kawan yang kalau aku mengidap penyakit nyanyuk pon.. mesti ingat jugak name derang..

1) Farik ( mamat mini cooper classic, mini 1000, cam installed)
2) Izzad ( business man yang sangat2 berjiwa besar,jatuh dan bangun)
3) Ridzuan ( happy go lucky, IT man, part time rally driver)
4) Suhafizuddin ( Nuklear man, bangi, berjiwa sangat tenang )
5) Rohaizad ( manusia paling hati kering )
6) Izham ( cepatlaa balik weih. UK tu ape ade)
7) Zafran ( stimmm je ko eh)
8) Nizam ( menggelabah 24 jam )

19 June 2009. aku kena tambah lagi list kubur yang patut dilawat setiap eidul fitri.
Rohaizad (Allahyarham) pergi untuk selama-lamanya. Eksiden, silap budget overtake lori.

20 june 2009. selamat dikebumikan, dapat berkotor-kotoran dengan tanah kubur arwah. jasa terakhir aku untuk ko Jad..

Allahyarham Ijad (rohaizad) baru 2 minggu bertunang. eksiden sebab nak pickup tunang. apsal perempuan suke buat camni? kenape lelaki selalu bersusah-susah.? :) sebab.. pantun ni cakap camni.

berakit-rakit kehulu. berenang-renang ketepian.
bersaki-sakit dahulu.bersenang-senang kemudian.


tapi aku tak nangis.. kenapee....... Tuhan.. hati aku dah mati ke? keras ke?

weih Ijad. aku rindu ko laaaaa!!! aku nak kejut ko time ko tgh baring.. aku ingat ko tidor........

sedikit doa
" Tuhan... ampunkan dosa arwah, berikan dia keampunan dan kasih sayangMu"