Wednesday, September 30, 2009

eh.kena bagi ucapan hari raya.

bismillah.

walaupun dah lewat mood raya., masih mau ucap

Maaf Aidil Fitri, Salam Zahir Batin! dari saya & keluarga.



















sedikit doa
"minal aidil wal faizin"

Monday, September 28, 2009

ikan di laut, gedung di darat

bismillah





















Bila aku tak perlu jawab call & sms
27 september 200 9 - 5 ptg

watak dimainkan oleh :

pejo : husband yang kecewa dgn perkahwinan
nizam : lelaki yang baru graduate, dan tertekan dgn stress kerja dan bakal berkahwin
asrul : lelaki flamboyant yang entah hape2, armani exchange dari atas sampai bawah
aizat : budak darjah 6

gua pergi melayan kawan gua, pejo & nizam & asrul. nizam ajak g memancing, memancing? apekejadah, takpenah mancing. tp sebab nak melayan pejo yang sedang sugul dgn perkahwinannya, gua pn ikut, si asrul pn ade.

and ni first time gua hayun pancing tu, tricky and teknikel gak. tahhape. paling kurang hajar, nizam n pejo bunuh udang2 untuk jadik umpan. kepala hotak ko. pakai roti tak bleh ke?

di sebabkan kami2 ni graduate universiti tempatan yang diajar dengan silibus-silibus dari barat dan kokurikulum berbasikal, maka kami tak reti memancing, hapahh satu pon takde, tapi ade satu budak ni. aizat, baru darjah 6, cool gile, datang dgn abahnye, memancing, siap ajar kitorang cara baling/hayun/lontar joran tu, ade banyak lagi istilah2 kaki pancing dia gune, hotak lu aizattttt.. siap pernah pegi laut dalam plak tu. awwwwwwwww.

dan kami graduate universiti yang hanya pandai meniru waktu kuiz, tutorial, tolong signkan borang kehadiran kawan-kawan ponteng, fotostet buku sbsb malas beli, usha awek2 time kat uni dulu, dan tidak suke lecturer( terutama C++ dan math, dan math I dan math II dan math III dan micro economy)

p/s : woi aizat. dulu gua pengakapp tau takkk. buat habis baik!


esok2 gua upload pics mancing2.

sedikit doa
" Tuhan, ajarkan aku rasa bersyukur dengan warna pelangi, air dari gunung, ikan yang berenang, nafas yang aku hembus "

Tuesday, August 25, 2009

KPSDBWB

bismillah

Karipap Pusing Sangat Sedap Bila Waktu Berbuka

jam 1.00 tghari - masuk ofis
jam 3.00 ptg - ym sama budak TPM, ex ofismet
jam 3.01 ptg - bercerite pasal bazar ramadhan kat TTDI, siotttttttttttttttt
jam 3.15 ptg - Aku tetapkan Misi dan Visi untuk hari ini.

Aku Mau Cari Karipap Pusing,

kombo berbuka hari ini dijangka : karipap pusing, air sirap, rokok-rokok, mungkin ayam percik, mungkin sup tulang.


Thursday, August 20, 2009

ahlan al mubarraq

bismillah

selamat datang bulan mulia, selamat pergi bulan peperangan,
selamat datang malam-malam penuh cinta, selamat pergi malam-malam penuh dosa,
selamat datang tangisan dan doa, selamat pergi tawa juga gembira,
selamat datang hati yang khusyuk, selamat pergi hati yang busuk,
selamat datang jiwa yang tenang, selamat pergi jiwa kucar kacir,
selamat datang ukkhuwwah, selamat pergi krahiya,
selamat datang jubah dan selimut taqwa, selamat pergi pakaian-pakaian zina,
selamat datang tafakur di pembaringan, selamat pergi bait-bait noda,
selamat datang hujan mahmudah, selamat pergi keringat mazmumah,
selamat datang Rahsia Allah, selamat pergi kesesatan yang nyata,
selamat datang malam seribu bulan, selamat pergi malam-malam tanpa iman,
selamat datang halwa dari syurga, selamat pergi melodi neraka,
selamat datang hidayah, selamat pergi batil,
selamat datang seluruh kebaikan, selamat pergi kesemua kejahatan.

Selamat berpisah dengan syaitan,
Selamat berdampingan dengan Tuhan,

sedikit doa
" Tuhan, andai ini Ramadhan terakhir bagi, ku harap ia kan membela ku, di akhirat nanti"

Thursday, August 13, 2009

Asri Ibrahim, dari Nadamurni ke Rabbani kembali ke Rabbuna

bismillah

Asri Ibrahim , Asri Rabbani, Ustaz Asri, rohnya diangkat mengadap Tuhan pagi tadi. beberapa ketika sebelum el-mubarak.

Moga Allah, tempatkan beliau dengan para-para syuhada' dan anbiya' di syurga kelak. jasa arwah sangat besar.munsyid legend tanahair ( boleh laa cakap sampai indonesia, filipina, thailand ) lagu-lagunya, lirik-liriknya sangat besar makna kepada jiwa.

1969-2009. berpuluh tahun bergelanggang / berdakwah dengan Nama Tuhan dan Agama.

masih ingat melawat beliau di studio, sekitar 90'an.

gugur engkau dengan senyuman, sempat meminta Al-Quran.

Al-fatihah.

pergi engkau penuh gelita. Abg Asri, :)

sedikit doa
" Tuhan, sambutlah jiwa hambaMu dengan Rahmat dan Rahim Mu, Engkaulah Tuhan tempat kami kembali, dan Mati itu benar"

Friday, July 31, 2009

kerana aku seorang muzishien

bismillah

















baru lepas install Vitometronome dalam phone gua. esok mau jamming. new lineup. bassist sudah tukar. sebab itu bassist sudah ade band sendiri. dan beberapa lagu2 gua,sudah kena cilok.awwwwww.

ini metronome, fungsinye.utk guide drummer, tempo keeper. kalau perasan, gig, event, show, ape2 pon, drummer ada pakai satu earpiece, itu la, dalam itu earpiece, dia dengar metronome, ok.

chow. selamat bermusik dan berkarya.

salam hari jumaat.

sedikit doa
" Tuhan, jagalah hatiku selalu"

Wednesday, July 15, 2009

Fans Beautiful Life ; Gua mintak maaf!

Bismillah

Shuji yang seorang hairstyler. sangat2 cold, sangat2 tidak berperasaan(tidak menunjukkan emosi), telah jatuh chenta sama kyoko, sorang pustakawan / lebrian, sangat2 cute, sangat2 adorable. mereka perasan bercinta pabilaa mereka perasan bahwa mereka start untuk cemburu-cemburu. tapi kyoko ini manusia yang ada sakit. lantasssss.. di akhir episode, mati. lalu shuji teruskan hidup dengan impian kyoko, iaitu hidup di beach house. dengan tanglung( aku tak tau pejadah namaa tah) kat pintu rumah, dengan anjingnya, dengan set kerusi untuk salon itu.
Tamat.

mudah.simple.touching.tapi banyak gile episode derang bikin.drama/jdorama yang penetrated malaysian drama industry. blahblahblahblah

gua punye cakap-cakap
1)Pertama-tama, hidup ni takde laa dramatik sangat macammana Shuji & Kyoko tu bercinta. mebbe.. dalam seratus orang bercinta ( berkasih-kasih ),ade la 2-3 orang cam depa ni. yang lain semuanya plain-typical malay punye bercinta., awakk... saye..sayangg.. kitee..orang...sayang..b..baby..hubby..abi..ummi.. apa ssemuaa tu laa.
2)derang berdua ni byk masalah komunikasi, nampak mcm bercakap , tapi tak bercakap. nampak macam sehala, tapi lain arah,
3)tapi overall, sweet laa. sorang tu cool n cold. sorang tu sweet n tergedik2.

tu je kot. gua tension.stress.gua rasa umur gua 35 gua botak kot.

sedikit doa
"Tuhan, Engkau Maha Tahu, permudahkan urusan"