Saturday, July 17, 2010

Ashadu allailaha illallah Wa ashaduanna muhammad arrasulullah

bismillah

mari memperbaharui iman kita

لا إله إلا الله

محمدا رسول الل


sesungguhnya, inilah dua kalimah paling agung
inilah kalimah paling berat timbangannya dari berat alam dan seluruhnya

sesungguh matinya seorang manusia itu berhak ke atasnya syurga
walaupun pernah mengucapkan kalimah kalimah ini dengan ikhlas, walaupun hanya sekali

sesungguhnya inilah sahaja yang akan menjadi penentu terakhir
antara azab Tuhan dan nikmat Tuhan

sesungguhnya kalimah-kalimah inilah yang akan membawa kekuatan
andai kami tahu apa isi kandungannya

sesungguhnya Wahai Tuhan, Engkaulah pemilik kalimah ini
dan kami redha Engkaulah Tuhan, dan Muhammadlah utusanMu

moga moga inilah kalimah menjadi kekuatan dikala susah,
menjadi peringatan diwaktu senang.
menjadi penutup dikala kami menghembuskan nafas penghabisan.

moga dengan kalimah ini, Engkau redha keatas kami

Monday, July 5, 2010

mengade-ngade

bismillah

gua tengah banyak job,
tetibe plak cs5 gua expired. lupe nak crack ( tak reti nak crack, crack kali ni susah)

lantas
==========

gua g beli cs4 plak

==========

binawe wal lahabau.

sekian.

sedikit doa
"Tuhan, tidak Engkau campakkan ujian melainkan Engkau tahu aku sanggup menerimanya"

Saturday, July 3, 2010

surat untuk seorang zaujah

bismillah




wahai zaujah,

Surat ini aku tulis sebagai tanda ingatan ku kepadamu,
sebagai tanda rindu kasih kepadamu,
sebagai tanda cinta sayang untukmu,
sebagai hadiah buat ganti aku peneman malam-malammu.

wahai zaujah,

kau pun tahu, engkau bersama dengan aku,
bukan senang yang aku persembahkan,
bukan wang yang aku letak sebagai hadiah kebahagiaan,
tapi hikmah yang aku mampu kongsikan.

wahai zaujah,

Tuhan temukan aku dan engkau dalam ketentuan,
kerana Tuhan dengan perancanganNya,
kerana Tuhan dengan KebesaranNya,
kerana Tuhan kita berkasih dan bercinta.

wahai zaujah,

sabarlah, mungkin aku tidak sempurna,
kerana yang sempurna adalah Tuhan,
kerana yang menyempurnakan adalah Tuhan,
kerana Kesempurnaan itu milik Tuhan,

wahai zaujah,

aku ajarkan kau kalimah syahadah dihari besar kita,
agar engkau mampu kenal dengan Pencipta,
agar engkau tidak kecewa jika aku mengecewakan engkau,
agar engkau rasa bahagia jika aku nanti tiada.

wahai zaujah,

akan aku bisikkan rahsia-rahsia besar,
agar engkau dapat melihat dengan hati,
agar engkau dapat merasa dengan akal,
agar engkau rasa cukup dengan TuhanMu sahaja.

wahai zaujah,

mana mungkin aku jadi yang terbaik,
sedang yang terbaik itu bukan manusia,
mana mungkin aku jadi kuat untukmu,
sedangkan yang kuat itu bukan aku.

wahai zaujah,

aku harap engkau dapat membaca,
aku harap engkau dapat merasa,
aku harap engkau dapat mentafsir,
aku harap engkau dapat maksudnya,

wahai zaujah,

Tuhan itu Satu,
Kematian itu benar,
Syurga itu benar,
Neraka itu benar,
Syahid itu benar,


ikhlas.



Monday, June 28, 2010

Monday, June 14, 2010

syukur atas syukur, taubat atas taubat

bismillah

Engkau duduk dibumi Tuhan
Engkau berjalan diatasnya
kemana mana tetapi engkau derhaka padanya

Engkau makan rezeki milik Tuhan
Engkau miliki apa saja
malang sekali engkau tidak pedulikanNya
Engkau terima nikmatNya

Tidak pernah Tuhan meminta bayaran
takut engkau tidak bersyukur padaNya

sedangkan manusia berbudi dengan kita
kita tidak patut tidak mengenang budi
tidak mengenang jasa manusia pada kita
jiwa sesiapaun tak boleh menerimanya

inikan pula Tuhan yang mencipta
menghidupkan dan memberi segalanya
tiba tiba kita tidak besarkanNya

ertinya kita adalah manusia yang tidak berhati perut
yang tidak sedarkan diri dan membesarkan diri

bahkan manusia yang membesarkan diri
dan sombong terhadap Khaliqnya
itulah diri engkau tidak mungkin menongkat langit

disatu hari nanti
engkaukan menemui Tuhan pencipta engkau
disanalah nanti engkau akan menyesal tidak berkesudahan

sedikit doa
"Tuhan, tambahkan rasa syukur dikala aku kesempitan, moga syukurku adalah tanda syukur di atas syukur, kerna syukur adalah nikmat hati, dan belai dan siramlah hati-hati kami dengan rasa syukur. seterusnya Engkau campakkan rasa ingin bertaubat, rasa ingin selalu bertaubat, kerna taubat itu adalah taubat di atas taubat-taubatku, kerana taubat itu juga nikmat dan anugerah hati dariMu wahai Tuhan, ingatkan aku bahawa taubatku itu adalah palsu, agar aku bertaubat diatas taubatku itu."

Monday, June 7, 2010

selamat malam

bismillah

jam sudah 2:36 pagi
lapar. hisap rokok. taip taip

tapi gua rasa mau cakap pasal bersangka baik. so. bab awwal. sangka baik ni boleh jadi bagus dan boleh jadi tak bagus. sbbnye? sebab sangka baik ni boleh menyebabkan kita tertipu. tak bagus la kan? dan sangka baik ni boleh sebab kan kita dapat manfaat. bagus!

maanfaat yang bagaimana?
gua panjang lebarkan disini. bila sangkaan kita itu betul, contoh :
" esok nak balik kampung ni, tiket tak beli lagi. mesti kaunter tiket penuh"
sangka baik berlaku : " pergi je lah, cuba je. tak rugi cuba. lagipun aku bukan buat ape-ape pon esok. cuti"
bagaimana manfaat : rupe-rupenye.. orang-orang lain yang nak balik kampung guna bas. dok fikir benda yang sama, depa ingat kaunter penuh. so derang suma dok pakat malas nak pergi. alih-alih, kaunter tu agak lengang.

so.mudahkan analogi di atas.?

sangka baik yang tidak bagus?
lu orang terbalikkan je la stori atas tu. takkan nak cerite jugak. lembab!

sekian. mahkamah adjourned.

sedikit doa
" Tuhan, biarlah kami sentiasa bersangka baik kerna kami tahu Engkau sebaik-baik perancang"

Saturday, June 5, 2010

sudahlah

bismillah

alfatihah kepada ayah seorang kawan. pergi beliau ketika umur baru menjangkau pertengahan 50s. moga roh nya di dalam kasih sayang Allah.

bercakap soal kematian, kematian itu patut di ingati dari detik ke detik dan dari saat ke saat. Tuhan tidak janjikan kematian kita hanya di waktu tua, dan juga tidak disebabkan sakit, kerna tidak sakit boleh mati juga. oleh itu jangan lah bersenang senang hati. tunggulah kematian dari nafas ke nafas. agar kita tidak angan-angan melalaikan.

dan kematian oleh para syuhada' volunteris flotilla gaza itu syahid yang besar. dan mereka sudah pastinya sudah berkira kira akan risiko kematian ini tatkala mendaftar untuk ke gaza. dan mereka sudah menjangka kematian akan berlaku kerna misi itu misi besar, iaitu membebaskan saudara-saudara mereka. dan ini adalah syahid yang sungguh benar. syahid kerana Tuhan dan agama mereka.

berbahagialah syuhada flotilla
berbahagialah mereka yang dijemput Tuhan dalam Rahmat dan RahimNya
berbahagialah mereka yang pernah punya niat untuk syahid mengangkat senjata
berbahagialah mereka yang darah mereka menjadi cagaran ketika di hadapan Tuhan
dan berbahagialah mereka selalu berterbangan ibarat burung-burung di Syurga kelak

Sedikit doa
"Tuhan, malu kami dengan Mu, kerna kami belum mampu untuk syahid dengan senjata di tangan kami, darah mengalir di bumimu, kerna kami belum dapat menunjukkan rasa cinta kami kepadaMu dan agamaMu, moga Engkau campakkan cita-cita syahid kedalam hati kami, supaya kami dapat persembahkan darah sebagai bukti kepadaMu di akhirat kelak"