Saturday, June 28, 2008

kenape asik cinta?

bismillah,

knapa sikit2 pasal cinta?

malas mau jawab.
malas mau pikir.
kerja.kerja.kerja.

knapa sikit2 doa?

malas mau jawab.


sedikit dialog
"Ya Allah, Engkau sudah cukup bagiku"

Wednesday, June 25, 2008

Aku mahu Senyum


bismillah,
(inilah post yang paling sukar utk ditaip, paling makan masa utk disiapkan, paling banyak editing, paling banyak perasaan dalam satu post, paling banyak flashback dalam satu post, dan aku harap paling lega selepas published, dan paling susah nak fokus, sebab jantung sungguh laju)

Wahai Tuhanku, Engkau sahaja yang aku ada.bukan famili, bukan isteri, bukan sahabat.

Maafkan orang lain, boleh bawa kebahagiaan
maafkan orang lain boleh bawa kepada rasa-rasa damai
maafkan orang lain boleh bawa kepada senyuman
maafkan orang lain boleh bawa kepada silaturrahim
maafkan orang lain boleh bawa kepada iman
maafkan orang lain boleh bawa kepada syukur
maafkan orang lain boleh bawa kepada taqwa
maafkan orang lain boleh bawa rasa lega
maafkan orang lain boleh bawa rasa Betapa Besarnya Kemaafan Tuhan, tempat selayaknya disandarkan harapan dan rasa cinta.

sedikit doa / monolog
"Tuhan, Andai aku mati, biarlah aku sempat memaafkan orang lain, kerana Redha Engkau bergantung kepada redha mereka, aku harap Ya Allah, kita berdua Redha Meredhai, hingga bertemu. Engkaulah selayaknya untuk memberi redha, tanpa redhaMu wahai Tuhan, aku takkan kesyurgaMu yang indah itu.amin"

Thursday, June 19, 2008

Cerite dari seorang Brother



Bismillah

dulu aku ade nak cakap pasal bayi, mengandung.. Ok kite mulai!

2-3 hari lepas, sambil-sambil mengupdate dan menyiapkan layout satu web news alternatif, brother ni cerite laa.. bramm bramm bramm* . tetiba sampai satu topik, pasal anak dia, brother ni kawin lambat. umur 36 baru die kawin.. itu pon setelah tension melihat kawan2 lain sudah ada anak pinak cukup untuk satu team futsal atau team bola baling (sekolah rendah).

bramm bramm bramm* dia kate anak ni,, semuanya adalah hasil ajaran awal waktu dia bayi, termasuklah time anak tu dalam alam janin.

"yeke?" aku bebetul kagum, walaupun aku tau benda tu dah lame ( al hasil pembacaan majalah Anis yang aku langgan selama beberapa tahun, dek gatal nak mempersiapkan diri untuk jadi suami, puihhhhhhhhhh!)

"betul.." dia kate, isteri die lahir kat PUSRAWI - pusat rawatan islam, banyak kat malaysia ni,.KL? bersepah2. so.tambah die lagi. doktor yang jage isteri die..sangat2 concern kat bayi kandungan tu. die suruh cakap kat baby tu " sayang.. duduk diam2 ye.. ibu nak tidur.." , "sayang..betulkan badan ye..nanti senang nak keluar"

aku kagum!

sambung brother ni lagi, sepanjang tempoh mengandung itu, dia ngan isteri dia..langsung tak bergaduh, jaga amal, jaga ibadah, dan brother ni dulu tidak tight sangat laa amal dia (macam aku)

TUP TUP!
skang baby tu dah 2 tahun.. dan.. bile ibu dan ayahnye bergaduh.. anak dia akan cakap, " ayah marah ibu ke? ayah yang laa.yang laa(sembahyang laa.sembahyang laa) -sambil anaknye pegang sejadah..

dan.. anak itu skang bile dengar azan, sangat-sangat takut,, " kite takut.. kalau tak sembahyang..masuk neraka"

Anda rasa kagum?

namanya nur alshaurah aina , cahaya mata yang menawan :)





* bunyi percakapan yang aku tak fokus..lantas otak aku digest sebagai bramm bramm bramm

sedikit doa
"Wahai Tuhan, Jadikan daripada isteri (isteri-isteri) dan anak-anak (zuriat) kami, sesejuk mata memandang dan pemimpin (imam) yang bertaqwa"

Monday, June 16, 2008

bila sgala2nya nmpk mudah..rupa2nya Tuhan nk uji

bismillah

bila sgala2nya nmpk mudah..rupa2nya Tuhan nk uji


quoting satu bait cakap-cakap sama satu orang itu.

BENAR? TIDAK BENAR?

sila bace post dulu ,huraian pasal ujian.. betul tak amir2 sab ku..heheheh


sedikit doa
Ya Allah, andai ini ujian buatku, kuatkanlah jiwa ku agar aku dapat merasa syukur dengan nikmat, tabah dengan ujian.amin

Saturday, June 14, 2008

Semua! mari berkahwin!

Bismillah,

Wahai Tuhan, Ya Allah, Engkau pemegang jodoh dan ketentuan. :)

Mohamad Fikri Yaakob, sahabat terapat aku.sudah mahu kawin, ekoran bunda nya yang pergi berjumpa Ilahi, maka ini sudah tentu keputusan besar untuk dirinya. bagus. Moga Allah mudahkan urusan dia. aku sedih gak.tapi nak buat cammane, lepaskan jelaa kawan aku ni,

Zainor Ridzuan, kawan semesti. amir sab aku, pon sudah dipermudahkan urusan, tapi maamat ni lain. syariatnya, kemas.... akhlak, indah.. tawaddu',tawajjuh, moqorrobin. Allah mudahkan urusan.

Hilmi Khairi? dia ni pon aku doakan sungguh2, supaya cepat dijodohkan, mamat ni sangat-sangat komited dengan businessnya. pasti dengan kehadiran wanita, lagi boost amal dan muamalatnya ( bayar laa, aku dah promote ko ni.)

Muhammad Lutfi Ali? tengah berusaha 'tight'kan amal-amalnya. mahu lengkapkan separuh lagi agamanya. ahaha.desperate? tidak. cuma sudah sampai waktu mungkin.


Membina rumah tangga, menjadi impian untuk mereka-meraka yang sudah berkemampuan, mahukan anak-anak yang taat setia, isteri yang menjaga rahsia-rahsia rumah tangga.Tapi, tanggungjawab sang suami lagi berat. Menjadi pemimpin, memastikan hati anak-anak dan isteri ( atau para isteri ) sentiasa terikat dan takut pada Allah (Tuhanku dan Tuhan kamu). sudah lah hati mesti dipastikan di tambat, akhlak dan syariat mestilah dijaga, taqwa warga rumahtangga terjaga, terbela.

untuk mereka yang mengejar kerjaya, kekayaan di kejar dalam rumah tangga, pastikan memudahkan famili dan isi famili untuk beragama dan bersyariat. jangan sebab harta, anak-anak terbiar, isteri (atau para isteri) terbuang.

ade cerita best nak cerita kat korang . pasal cerite mengandung-mengandung ni. ade sorang brother ni cerite.. best crazzeee.. ok.

sedikit doa ( kali ni mahu spesifik)

Ya Allah, engkau jadikan lah rumah tangga kami (mohammad fikri yaakob, zainor ridzuan, hilmi khairi dan lutfi ) syurga sebelum syurga, tempat untuk kerehatan, tempat untuk bersenang-senang, tempat untuk mendamaikan jiwa, anak-anak dan isteri pengikut kata, jadikan mereka pengingat diwaktu kami lupa. moga keluarga kami dapat membela agamaMu wahai Tuhan, jadikanlah rumahku kilang-kilang rahmat dan taqwa.tempat kami mendapat kekuatan jiwa. Amin.